Neelofa & PU Riz tangguh majlis kahwin?

Sebelum ini, media melaporkan mengenai selebriti dan usahawan popular Neelofa yang dijangka bakal mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, PU Riz pada bulan ini.

Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu masih memilih untuk ‘mengunci mulut’ tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tarikh perkahwinannya.

Terbaru, laman Instagram Anugerah Bintang Popular BH berkongsi sebuah posting memaparkan penulisan wartawan hiburan, Raja Nurfatimah Mawar yang menerbitkan satu artikel bertajuk ‘Neelofa, PU Riz tangguh nikah?’ di ruangan ‘Desas-Desus’.

Betul ke tangguh nikah?

Menerusi penulisan tersebut, difahamkan wartawan itu mendengar desas-desus bahawa pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka tanpa mengetahui sebab sebenar.

“Risik punya risik, Raja dengar Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan. Sebabnya, biarlah mereka sahaja yang tahu.

“Namun, jangan salah faham, ia bukanlah berpunca daripada perg0lakan lalu, hubungan sudah pun pulih. Mungkin ada sebab lain yang memaksa mereka menangguhkan dahulu majlis,” tulisnya.

Bagaimanapun, sudah tentu bekas pengacara MeleTOP itu memerlukan masa yang rapi bagi merancang pelbagai perkara untuk dijayakan pada majlis gilang gemilang itu nanti.

Bagi para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk pasangan tersebut agar segera naik pelamin dan mengecapi kebahagiaan bersama!

Sumber: Instagram @abpbh33

Neelofa hadiahkan seterika RM13,000 kepada Nabila

Dalam perkembangan lain Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila.

Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.

Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.

“Gigih google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ‘berhuhu je’,”tulisnya.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?

“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.

Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.

Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.

Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: http://trendingsangat.pw/2021/03/neelofa-pu-riz-tangguh-majlis-kahwin/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Neelofa & PU Riz tangguh majlis kahwin?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*