Awak Sangat Bi4dab. Cakap Beriya, Dah Sampai Batang Hidung Pun Sorok Dalam Gua – Diana Danielle

Perkongsian terbaru pelakon Diana Danielle di Instagram beliau telah menarik perhatian peminat dan warganet.

Diana telah meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bersikap tidak bertanggungjawab selepas bersetuju untuk membeli barang terpakai miliknya namun menghilangkan diri selepas penghantaran dilakukan.

Menerusi Instagram, Diana, 30, berkata, tindakan pembeli itu hanya menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.

” Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya… saya nak letgo barang yang penuh kat rumah ni.

” Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja.

” Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang! Sedangkan ramai lagi yang nak beli, saya utamakan awak sebab first come first serve,” katanya.

Individu tersebut difahamkan secara tiba-tiba membatalkan hasrat untuk membeli car seat kanak-kanak selepas runner membuat penghantaran dari Damansara ke Kajang, Selangor.

” Awak sangat bi4dab… awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah ped4jal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.

” Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery).

” Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua,” luah Diana.

 

Sekilas info Diana Danielle

Diana Danielle Danny Beeson lahir pada 22 November 1991 merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.

Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).

Beliau dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson.

Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden yang dilahirkan pada 1993.

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti pemodelan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen.

Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz.

Diana paling dikenali menerusi peranannya dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aurora.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Awak Sangat Bi4dab. Cakap Beriya, Dah Sampai Batang Hidung Pun Sorok Dalam Gua – Diana Danielle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*