Semalam Ibu Hannah Delisha Timbulkan Tanda Tanya, Sekarang Giliran Ibu Mertua Hannah Delisha Pula Bersuara

Hari ini hangat diperkatakan apabila timbul d4kwaan mengatakan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibu pelakon itu, Noor Ashikin Ahmad.

Malah, satu perkongsian di Instagram ibunya yang memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.

Bagaimanapun, menerusi satu posting, ibu mentua kepada Hannah iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga. Pelakon veteran Singapura itu juga turut menitipkan pesanan supaya Hannah dan Imam terus bersabar.

“Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan pvtus menjadi penghalang segala mvsibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya.

Terdahulu, Hannah melangsungkan pernikahan dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Rotikaya

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Semalam Ibu Hannah Delisha Timbulkan Tanda Tanya, Sekarang Giliran Ibu Mertua Hannah Delisha Pula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*