Tampil Mohon Maaf, Hannah Delisha Akhirnya Buka Mulut Isu Perkahwinan Tanpa Restu

Sejak mengumumkan dirinya sudah berkahwin pada 18 Februari 2021, tidak ramai yang tahu tentang perincian perkahwinan pelakon jelita, Hannah Delisha.

Belum pun cukup sebulan dari tarikh itu, timbul pula kisah yang mengatakan perkahwinan Hannah dengan suaminya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib tidak mendapat restu keluarga.

Pada 10 Mac 2021, Hannah telah menjawab secara ringkas tentang persoalan yang sedang diperkatakan ramai dengan memuat naik satu hantaran melalui Instagram story.

Hannah memulakan kata dengan ucapan maaf kerana persoalan yang sedang berbangkit mengenai dirinya kini.

Katanya, beliau juga mempunyai banyak masalah peribadi yang tidak sepatutnya tersebar kepada umum.

Beliau turut menceritakan tujuan asalnya bergiat dalam dunia seni adalah untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerjanya dan bukan dengan isu peribadi.

Hannah juga ingin meneruskan pendiriannya untuk tidak terlalu terbuka dengan hal peribadi.

Sementara itu, beliau memohon maaf atas berita yang kurang bagus tentang dirinya dan keluarganya yang telah terseb4r.

Hannah mengharapkan doa daripada semua dan inginkan ruang untuk menguruskan hal peribadi ketika dirinya sedang diuj1 kini.

Semoga yang baik-baik untuk Hannah Delisha, sama-sama kita doakan supaya urusan beliau dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Hannah Delisha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tampil Mohon Maaf, Hannah Delisha Akhirnya Buka Mulut Isu Perkahwinan Tanpa Restu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*