[Video] Gadis Buat Kejutan, Hadiahkan Anugerah Dekan 5 Sem Berturut-turut Buat Ibu Ayahnya Gembira Tak Terkata

Tiada apa yang lebih bermakna buat ibu bapa selain melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Salah satu momen yang paling diimpikan juga adalah untuk melihat anak mengenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

Menerusi video yang dimuatnaik Elyana Shaheera di TikTok, dia berkongsikan detik ketika menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya.

Dibungkuskan dalam kotak, ibu bapanya masing-masing menerima sekeping kertas yang menunjukkan Elyana mendapat dekan untuk lima sem berturut-turut.

Elyana yang merupakan pelajar jurusan Analisis Pelaburan di UiTM Segamat, Johor, juga berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor.

Menurutnya, dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi melihat ibu bapanya bahagia.

Kegembiraan yang terpancar di wajah kedua ibu bapanya memperlihatkan bahawa mereka sangat berbangga dengan Elyana.

Momen mengharukan itu juga memperlihatkan Elyana sebak dan menangis.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang berharap agar mampu menghadiahkan kejayaan yang serupa buat ibu bapa masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : https://sinetronmalaya.com/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[Video] Gadis Buat Kejutan, Hadiahkan Anugerah Dekan 5 Sem Berturut-turut Buat Ibu Ayahnya Gembira Tak Terkata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*