PELAKON Amyza Aznan mengakui pernah melalui titik paling bawah dalam hidup selepas suaminya Khairil Idzhar diser4ng str0k tiga tahun lalu.
Menurut Amyza, biarpun belum sembuh sepenuhnya, namun dia bersyukur suaminya mempunyai semangat dalam melawan peny4kit tersebut.
“Kesihatan terkini suami saya masih ditah4p itu juga dan tidak ada perubahan langsung, satu peratus pun tiada, dia masih lagi m1ld str0k sampai sekarang.
“Cuma kalau orang tengok dia dekat luar memang nampak okay tetapi di dalam dia separuh dalam kepala sampai kaki masih lagi str0k.
“Dia sangat kuat, dia boleh bawa saya dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk shooting, pergi balik kemana-mana sahaja, dia sangat kuatlah, ” ujarnya kepada mStar.
Tambah Amyza, pada awalnya dia juga pernah berasa sedih dan mempersoalkan ketentuan takdir yang terpaksa dilalui itu.
Namun selepas dua tahun, dia reda dan menyedari Allah membalas semua kesedihannya dengan berbagai nikmat lain.
“Tipulah kalau tak rasa frvst, saya tertanya kenapa semua ini berlaku ketika kami sedang berada dalam keadaan stabil.
“Tapi bila kita diuji kita kena sabar dan bila kita reda sahaja Allah akan balas lebih daripada apa yang kita mahukan dalam masa sesaat saja. Anggap apa yang berlaku hanya sebab Allah nak naikkan lagi rezeki kita.
“Ya… untuk betul-betul reda bukan boleh sehari dua. Saya ambil masa dua tahun untuk reda, ” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "“Tidak ada perubahan langsung, satu peratus pun tiada” – Kesihatan Terkini Suami Amyza Aznan Buat Ramai Terkejvt"