“Insya-Allah majlis akan diadakan di sebuah hotel lima bintang”

Desas-desus majlis perkahwinan pengacara dan usahawan fesyen muslimah Noor Neelofa dengan pendakwah bebas PU Riz bertiup kencang apabila semakin ramai wargamaya yang berkongsi informasi tentang perkara tersebut.

Terkini, seorang pengguna Twitter berkongsi info tentang lokasi majlis perkahwinan pasangan tersebut yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

“Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumah tangga Jumaat ini dan difahamkan majlis meraikan pasangan selebriti itu akan diadakan di The St.

Regis, Kuala Lumpur,” tulisnya menerusi satu ciapan pagi tadi.

Perkongsian yang seperti ‘mengesahkan’ lagi spekvlasi perkahwinan pasangan tersebut ternyata mengejutkan wargamaya.

Apa lagi sejak spekvlasi pernikahan mereka yang didakwa bakal berlangsung hujung minggu ini, pihak Neelofa mahupun PU Riz belum memberi kenyataan rasmi kepada pihak media.

Malah, usaha Gempak menghubungi pihak pengurusan Neelofa sejak g0sip pernikahannya tersebar semalam dan hari ini belum menerima sebarang respons.

Sementara itu, Awani melaporkan sumber mengesahkan Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, akan menikah di sebuah hotel di kawasan KLCC pada hari Sabtu.

Majlis yang akan mematuhi SOP itu hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat mereka. Walaupun sehingga artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi yang diberikan, Gempak mendoakan semoga segala apa yang dirancang Neelofa dan PU Riz dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

KUALA LUMPUR: Jika tiada aral melintang, usahawan dan selebriti masyhur, Noor Neelofa Mohd Noor akan disatukan sebagai isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada Sabtu ini.

Pasangan berkenaan akan melangsungkan majlis akad nikah dalam sebuah acara tertutup di sebuah hotel lima bintang di sekitar lingkaran Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menurut sumber, majlis pernikahan Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.

Bahkan, acara berkenaan juga akan berlangsung dalam suasana norma baharu dan menepati prosedur operasi standard (SOP)

“Insya-Allah majlis akan diadakan di sebuah hotel lima bintang sekitar KLCC. Segala persiapan sedang diadakan,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa.

Astro AWANI juga difahamkan Neelofa memilih perunding perkahwinan sama yang mengendalikan majlis pernikahan kakaknya, Noor Nabila minggu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penjelasan dikeluarkan oleh pengurusan Neelofa.

Astro AWANI juga ada menghubungi pegawai pengurusan artis jelita itu bagi meminta reaksi, namun, panggilan kami tidak dijawab dan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp juga tidak dibalas.

Berita pernikahan Neelofa dan PU Riz juga kini semakin rancak dibincangkan di laman media sosial.

Hubungan Neelofa dan PU Riz sentiasa menjadi sorotan media tempatan sejak beberapa bulan lalu kerana mereka juga tidak terlepas melalui pelbagai ujian dan cabaran.

Pada hujung Januari lalu, Neelofa ada memberi bayangan bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka, namun, tiada sebarang pengumuman dibuat.

Sebaliknya, industri hiburan dikejutkan dengan berita pernikahan kakaknya, Noor Nabila dengan Engku

Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat lalu.

Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz – seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan pendakwah bebas serta pelakon sebelum ini sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Mereka juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram itu.

[VIDEO]

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/ via https://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-pu-riz-naik-pelamin-sabtu-ini-289763

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Insya-Allah majlis akan diadakan di sebuah hotel lima bintang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*