Mira Filzah terus laris selepas kahwin

Kuala Lumpur :”Ketika solo dulu, orang tanya bila nak kahwin. Selepas kahwin tanya pula bila nak dapat anak. Perkara ini netizen akan sentiasa tanya dan persoalkan. Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan beritahu, saya akan kongsi,” kata pelakon popular, Mira Filzah.

Mira, 28, yang berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September tahun lalu berkata, apa yang tul4r sebelum ini kononnya nampak ‘baby bump’ sebenarnya tidak ada apa-apa.

“Saya cakap baru lepas makan. Saya tak sedar pun. Baju yang dipakai itu jika dilihat dari tepi dalam keadaan ‘tie in’ akan nampak lain. Tak ada apalah,” katanya.

Mira berkata, walaupun sudah berkahwin, dia bersyukur kerana terus dihujani tawaran berlakon dan menjadi duta produk.

Mira atau nama sebenarmya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, istilah populariti merudum selepas berkahwin adalah tanggapan masyarakat.

“Kerjaya selepas kahwin, masih sibuk. Alhamdulillah, tawaran masih ada. Kadang-kadang terpaksa tolak. Tawaran menjadi duta pula semakin banyak. Murah rezeki selepas kahwin.

“Saya banyak fokus menjadi duta tahun ini sebab duta ini selagi orang mahu, tawaran ada. Duta pula lebih besar. Jadi, saya fokus itu,” katanya.

Ditanya sejauh mana penerimaan suami, Mira yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda berkata, Wan Emir memahami tuntutan kerjaya itu.

“Selepas penggambaran dibenarkan semula, jadual pun padat hingga minggu ketiga Ramadan nanti, saya masih di lokasi penggambaran sedangkan sebelum ini saya sudah kosongkan.

“Suami okay, dia faham. Saya sudah beritahu dia awal-awal mengenai jadual saya. Selepas sudah boleh menjalani penggambaran pun saya beritahu jadual sibuk sampai bulan puasa. Dia kata tidak apa.

“Sekarang saya terbabit dalam penggambaran drama di Port Dickson. Ada masa duduk di sana dan ada masa balik ke Kuala Lumpur,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah terus laris selepas kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*