‘Petunjuk’ Baru Sudah Muncul, Spekvlasi Neelofa Nikah Esok Betul?

SATU demi satu ‘petunjuk’ mula muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan Noor Neelofa Mohd Noor dengan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Selepas memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan, kali ini inai pada jarinya pula menjadi topik sebutan netizen.

Menerusi Instastory, Neelofa, 31, berkongsi video dia mempromosikan produk makanan tambahan jenamanya.

Namun apa yang menarik perhatian ialah inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Ini kerana jika diperhatikan pada foto-foto terdahulu, dia hanya mengenakan inai pada bahagian kuku sahaja.

Neelofa sebelum ini mengenakan inai pada bahagian kuku sahaja.

“Kira betul la ya Neelofa nikah esok? Sebab dia pakai inai penuh?

“Neelofa pakai inai penuh kat jari, tak sabar nak tunggu hari bahagiannya. Terujanya,” tulis peminat di laman Twitter.

Walaupun timbul pelbagai dakw4an dan spekvlasi, namun sehingga kini baik Neelofa atau Riz masih mengunci mulut tentang perkara itu.

Neelofa mohon doa orang ramai.

Pada Rabu, Neelofa memuat naik hantaran tiga potongan doa memohon orang ramai mendoakan agar segala urusnya dipermudahkan.

Gara-gara perkongsiannya itu, ramai peminat mengandaikan ia berkaitan majlis perkahwinannya dengan Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Pasangan ini dikatakan bakal bernikah hujung minggu ini.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat atau Sabtu ini dan bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakw4an sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mend4kwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Petunjuk’ Baru Sudah Muncul, Spekvlasi Neelofa Nikah Esok Betul?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*