[VIDEO] Sweet! Siap Bagi Bunga Lagi.. Remy Ishak Buat Kejutan Hari Jadi Bekas Tunang, Cinta Berputik Kembali?

Siapa tidak kenal dengan pelakon lelaki pujaan hati ramai wanita iaitu Remy Ishak. Walaupun sudah berumur 38 tahun, namun pelakon itu masih lagi mempunyai auranya tersendiri.

Terbaru, Remy Ishak dilihat membuat kejutan hari lahir buat bekas tunangnya dulu, iaitu Ezza Yusof. Adakah ini petanda mereka bakal kembali semula?

Terdahulu pasangan ini pernah menjalin hubungan selama 2 tahun sebelum terpvtus ekoran tidak sefahaman. Walau bagaimanapun hubungan mereka tetap baik memandangkan mereka berdua merupakan rakan perniagaan. Namun sambutan hari lahir kembali menjadi persoalan ramai netizen yang sememangnya menantikan Remy Ishak mempunyai orang istimewa dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian video-video yang dimuat naik oleh Ezza, dilihat Remy membawa Ezza ke satu restoran untuk menyambut hari lahir. Majlis sambutan hari lahir itu turut dihadiri oleh rakan-rakan rapat mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓔𝔃𝔃𝓪 𝓨𝓾𝓼𝓸𝓯 (@ezzarl)

Saya tak pernah kena ‘surprise’ macam ni. Sejuk tangan sis semalam tak tau nak react macam mana , nak nangis ke nak gelak ke Memang tak expect langsung, smooth betul Mastermind plan. Thank you so much guys! sudi datang celebrate birthday saya.

Menurut Ezza ini merupakan kejutan pertama buat dirinya. Dia turut berterima kasih kepada individu yang merancang kejutan ini dipercayai Remy Ishak sendiri. Rata-rata mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan mereka dan tak kurang juga yang berharap cinta kembali terjalin.

 

Sumber : Ezza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: OHBULAN

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Sweet! Siap Bagi Bunga Lagi.. Remy Ishak Buat Kejutan Hari Jadi Bekas Tunang, Cinta Berputik Kembali?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*