Dinikahkan sendiri oleh adiknya, ini mas kahwin yang diberikan oleh Pu Rizz

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Mas Kahwin Sebentuk Cicin

Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Sejak awal minggu ini, satu demi satu petunjuk muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat.

Bermula Selasa, muncul dakw4an seorang individu kononnya melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai.

PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakw4an sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduh4n yang mend4kwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakw4h muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

Sumber: lofa.page

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dinikahkan sendiri oleh adiknya, ini mas kahwin yang diberikan oleh Pu Rizz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*