Bila tengah penat bekerja dan tiba-tiba dapat kejutan daripada orang yang tersayang, mesti rasa gembira je kan?
Mungkin itu lah apa yang sedang dirasai oleh pelakon bertubuh sasa iaitu Zul Ariffin apabila beliau ada menerima sejambak bunga daripada seseorang ketika menjalani penggambaran untuk drama terbaharunya di Langkawi.
Menerusi Instagram story yang dikongsikan olehnya, Zul menunjukkan jambangan bunga itu berserta dengan caption ‘Thank you’ siap ada emoji love ya!
Adakah ini bermaksud Zul sedang menjalin cinta dengan seseorang dalam diam?
Sebelum ini juga ada ura-ura mengatakan kemungkinan beliau akan berkahwin tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan pandem1k COV1D-19.
Tapi persoalannya, dengan siapakah Zul akan mendirikan rumah tangga?
Ketika awal tahun 2019 lalu, Zul ada digosipkan sedang hangat bercinta bersama dengan seorang gadis dari Ukraine tetapi tidak lama kemudian isu itu senyap begitu sahaja.
Namun pada 12 Mac baru-baru ini, penerbit Gayatri Su-lin Pillai yang juga merupakan bekas kekasih Zul ada memuat naik foto mereka bersama-sama.
Mungkinkah Zul sedang bercinta semula dengan Gayatri?
Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Zul dan semoga jodohnya berpanjangan hingga ke akhir hayat!
Sumber foto: Instagram Zul Ariffin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: HOTFM
Be the first to comment on "Terima Jambangan Bunga, Zul Ariffin Tengah Bercinta?"