Anak Lelaki Bila Dah Kahwin Tolong La Keluar Dari Rumah Mak Ayah Jika Tak Nak Perkara Ini Berlaku

Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yg memilih utk menamatkan zaman bujang mereka. Perkahwinan dtg dgn tanggungjawab yg perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri.
Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu.

Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi. Jgn sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dgn kita, smua serba serbi kita yg sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita “simpan” dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya. Sampai bila kita mampu buat mcm tu?

Itu adalah cabaran yg dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih utk mendirikan rumahtangga. Dia perlu fkir akan smua itu dahulu sblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin.

Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya. Perkahwinan bukannya satu perkara yg boleh dibuat main2 atau suka2. Dia kena bertanggungjawab terhadap org yg dikahwininya.

Biar dia tggal dlm rumah sewa yg kecil, biar dia naik motor dgn pasangannya ke tempat keje, biar dia xde kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yg ada, biar dia rasa apa itu pok4i, apa itu “tgh bulan”, biar dia “ikat perut”, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu utk bersyukur akan apa yg dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu utk lebih menghargai siapa yg ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nk membina kehidupannya.

Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yg bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik. Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dgn cukup2 baik. Maka sekrg, masa utk melihat hasilnya.

Berikut reaksi dari pembaca

“Kalau ddk rmh lain pun kalau jenis bergayut dgn mk bpk dn bapak sayang sgt anak menantu, semua di bantu.. Di tanggung.. Walau berbatu jauh.. Atau dekat.. Sama je.. Ptt masing2 sedar
Manjakn anak.. Hidup bkn menongkat dunia.. Dh xde sapa plk nk di gayut.. Salah sorang yg hidup lg lh.. Ni semua sebb sayang sgt anak x bertempat..”

“Kalo ank lelaki tunggal mcmana pulak? Dari kecil selalu dinasihatkn begini..nnt abg dh besar, dah kerja jaga mak tau..kesian mak sorg2 kalo ayah dh xda..
Bakal isteri kene faham dan bersedia bila situasi ini berlaku”

“Sebelum kawin elok fahami situasi pasangan..kalau anak lelaki tunggal yg terpaksa membela ibunya yg sendirian bakal isteri kena faham dan terima..kalau tak sanggup lepaskan jer cari pasangan lain..isteri bleh dicari tp ibu tak bleh diganti..

“Anak lelaki selepas nikah adalah lebih baik tinggal dengan keluarga nya sendiri. sebab tanggong jawab nya terhadap orang2 tua nya dan adik beradik yang belum berumah tangga.itu sebab nya Islam suroh kita cari pasangan yang berilmu (ajaran Islam).kerana disitu anak2 kita dapat didikan ilmu (Islam)sehingga semua orang2 Islam akan tahu tanggongan nya kepada keluarga masing2.(mak bapak akan paham kedudukan menantu nya, suami isteri dan anak2 pun akan paham hal ehwal keluarga mereka masing2) dengan ada nya ilmu(ajaran Islam)In Shaa Allah kita selamat dunia akhirat. semoga manfaat. Aamiin3x YRA.sebaik baik nya rujuk kepada yang lebih arif dalam bidang agama Islam
Wallahu’alam Bissawab Biidznillah.”

Kredit : Firdaus Shakirin Via cempedakcheese Via Trendingsangat

Apa komen anda?