Pelakon Reza Rahadian Menlpu Ayahnya Sudah Menlnggal Dunla, Hakikatnya…

Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian mengejvtkan dunia hiburan dan peminat Republik tersebut dengan sebuah pengakuan yang dibuat dalam wawancara bersama Daniel Mananta, malam semalam.

Reza mengatakan selama ini dia hanya berboh0ng mengenai realiti kehidupannya iaitu tentang ayahnya yang telah men1nggal dun1a.

Hakikat sebenar, kata pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu, dia tidak pernah kenal dan bertemu dengan ayahnya sepanjang hidup.

“Kalau anda pernah dengar, dulu, saya pernah mengatakan ayah saya telah men1nggal dunia.

“Sebenarnya saya bercakap begitu (ayah men1nggal dun1a) hanya untuk menghentikan pertanyaan.

“Hakikatnya, saya tidak kenal, tidak tahu, tidak pernah berjumpa, i have no idea wujudnya dia seperti apa,” kata Reza dalam tayangan YouTube Daniel Mananta secara eksklusif.

Menurut Reza yang kini berusia 34 tahun, dia juga tidak tahu jika bapanya masih hidup atau benar benar telah men1nggal dun1a.

“Kerana sejujurnya saya tidak tahu bapa saya masih hidup atau telah men1nggal dunia,” katanya lagi.

Pemenang banyak anugerah di Indonesia itu lagi melanjutkan bicara dengan mengatakan, bapanya telah lama meninggalkan dia dan ibu.

“Bapa pergi meninggalkan kami sewaktu saya berusia sekitar lima atau enam bulan,” akuinya.

Sejak itu, ibunya, Pratiwi Widantiti yang membesarkannya dan menjadi tulang belakang keluarga mereka.

“Ibu menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga termasuk menjadi seorang ayah dengan sangat hebat,” puji Reza.

Dalam temubual yang sama, bintang filem Perempuan Berkalung Sorban itu juga bercerita tentang keper1tan hidupnya sebelum mahsyur sebagai anak seni.

Dia mengaku selain menjadi tenaga pengajar, dirinya pernah menjual karpet untuk membantu ibu dan kelangsungan hidup selepas ibunya hilang pekerjaan.

“Saya lakukan apa sahaja yang mendatangkan duit untuk hidup. Mengajar, jualan karpet! Ibu mengajar saya untuk jadi kuat kerana katanya satu masa nanti cabaran hidup saya akan jauh lebih teruk darinya,” kata Reza.

 

Kredit Foto: Liputan6.com

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?