[VIDEO] ‘Saya Akan Pergi Jauh..’ – Wanita Tabah Bawa Anak Kecil Pergi Kenduri Kahwin Bekas Suami

Benarlah orang kata, bercer4i tidaklah bermaksud perlu bermusvhan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memandang ke depan dan meneruskan kehidupan yang baharu.

Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Ieda Zulkifli telah menarik perhatian netizen apabila dia bersama anak kecilnya telah hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, memperlihatkan wanita ini tabah menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan bekas suaminya. Ieda yang sedang mendukung anak kecil sempat bergambar bersama bekas suaminya yang sudah lengkap mengenakan pakaian pengantin berwarna biru sebagai tanda kenang-kenangan.

Walaupun begitu, apa yang lebih meruntun hati apabila wanita ini hanya mampu melihat dari jauh bekas suami dan isteri barunya yang sedang makan beradab. Menerusi kapysen yang ditulis pada video, Ieda berdoa agar bekas suaminya itu diberi kebahagiaan yang berpanjangan selain berharap agar insan itu mampu menjaga isteri barunya dengan sebaik mungkin.

Bercerita dengan lebih lanjut, Ieda menjelaskan bahawa dia dan bekas suami telah bercer4i selepas dia melahirkan anak kedua. Walaupun begitu, dia sudah redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Tambahnya lagi, dia langsung tidak menganggap bekas suaminya itu sebagai musvh sebaliknya mengharapkan kebahagiaan buat insan tersebut.

‘Selamat pengantin baru awak’

‘Tak guna bermvsuh’

Tabahnya…

Sumber: Ieda Zulkifli

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OhBulan

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Saya Akan Pergi Jauh..’ – Wanita Tabah Bawa Anak Kecil Pergi Kenduri Kahwin Bekas Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*