Cantik Bertudung Litup, Ramai Doakan Ameera Khan Kekal Istiqomah

Tanggal 26 Mac merupakan tarikh bermakna dalam hidup Ameera Khan apabila beliau kini sekali lagi telah tampil dengan imej bertudung.

Walaupun bertudung, tetapi itu tidak membuatkan Ameera berhenti membuat kerjanya yang lain antaranya ialah sebagai seorang model dan juga usahawan muda.

Semenjak sudah bertudung, Ameera sering tampil dengan baju yang longgar serta gaya tudung yang trendy sehingga membuatkan ramai tertarik dengan gaya terbaharunya itu.

Menerusi posting terbaharunya, Ameera tampil cantik memakai busana berwarna biru pastel bersama dengan tudung berwarna putih bagi menghadiri majlis perkahwinan teman rapatnya.

Rata-rata yang meninggalkan komen turut memuji kecantikan gadis kacukan Melayu, Arab dan Pakistan itu serta turut mendoakan supaya beliau terus istiqomah dalam menutup aurat.

Tak dinafikan gadis berusia 21 itu sememangnya memiliki raut wajah yang jelita.

Semoga Ameera terus istiqomah dalam mencari hidayah Allah.

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cantik Bertudung Litup, Ramai Doakan Ameera Khan Kekal Istiqomah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*