Yusoff Anak Aliff Syukri Hilang, Ini Tempat Ditemui Yg Dianggap ‘Rare’

Membeli-belah adalah satu aktiviti yang meyeronokkan kerana ia dapat menghilangkan kebosanan berada di rumah.

Namun aspek keselamatan perlu dijaga jika membawa anak-anak bersama.

Pada 12 April 2021, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Ia berkaitan anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi yang telah menghilangkan diri ketika dibawa berjalan-jalan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Video tersebut menunjukkan keberadaan Yusoff setelah ditemui Datin Shahida.

Melalui caption:-

“Yusoff hilang lagi!!!!

Kalau bawa jalan pantang la kita lepa kejap terus hilang…tapi tempat dia dijumpai sangat la unik🤣🤣Baem sampai tutup mata😅”

Menurut beliau, Yusoff sudah pernah menghilangkan diri jika dibawa berjalan-jalan.

Tempat anak lelakinya ‘menyorok’ itu juga kelihatan unik kerana berada di kawasan pakaian dalam.

Sementara itu, para pengikut Instagram beliau menulis pendapat mereka pada ruangan komen.

Dengan status Aliff Syukri yang bergelar seorang jutawan, ada juga yang menyarankan beliau menggunakan khidmat bodyguard untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas ini kena lebih berhati-hati ye.

 

Sumber: Instagram Datin Nur Shahida

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Yusoff Anak Aliff Syukri Hilang, Ini Tempat Ditemui Yg Dianggap ‘Rare’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*