[VIDEO] “Solat dibuat Lawak?” – Netizen Pertik4ikan Fikry Ibrahim Permainkan Solat

Sudah menjadi trend masa kini untuk melakukan pelbagai content semata-mata untuk menarik perhatian netizen melalui aplikasi terkenal iaitu Tiktok dan Instagram. Namun begitu, sebagai seorang content creator ataupun selebriti, mereka seharusnya tahu ada beberapa content yang sens1tif untuk dilakukan cont0hnya seperti isu keag4maan. Baru-baru ini, pelakon terkenal Fikry Ibrahim memuat naik sebuah video Tiktok yang seakan-akan mempermainkan solat sunat terawih di Instagram miliknya. Perkongsian itu telah mengundang am4rah segelintir netizen yang tidak setuju dengan video Fikry itu dek kerana mereka merasakan solat bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipermainkan.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Difahamkan, Fikry memuat naik video yang menunjukkan situasi di mana dia hampir ‘terlelap’ ketika menunaikan solat terawih di masjid. Perkara ini bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar, namun dek kerana terlalu penat bekerja kadang kala kita juga boleh ‘terlelap’ seketika semasa menunaikan solat. Walaupun begitu, meninjau di ruangan komen ada juga segelintir daripada netizen yang pernah mengalami pengalaman dan nasib yang sama seperti Fikry. Isu ‘terlelap’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikawal. Apabila mental kita penat, secara saintifiknya badan kita akan turut lemah sekali.

KOMEN NETIZEN :

Meskipun Fikry dianggap mempermainkan solat oleh segelintir pengikutnya, namun jika dipandang dari sudut yang positif, tindakan Fikry ini boleh dilihat seperti memberi pengajaran kepada kita untuk menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling. Kadang kala apabila kita terlalu penat, kita tidak akan sedar dengan apa yang berlaku di sekitar kita. Oleh itu, sebagai sesama umat Islam, janganlah kita terus mengecam tanpa berfikir daripada luar kotak.

Ketibaan bulan Ramadan sangat dinanti-nantikan buat umat Islam yang mahu mengejar amal ibadah dan berbuat kebaikan lebih di bulan yang mulia ini seperti memperbanyakkan amalan bersedekah, mengaji, solat sunat terawih dan lain-lain lagi. Namun begitu, kesihatan diri juga haruslah menjadi keutamaan. Misalnya, jika kita tidak mampu untuk menunaikan solat sunat terawih 20 rakaat penuh, kita boleh buat 8 rakaat sahaja. Ingat ya..jangan seksa diri sendiri. Kalau boleh rehat dahulu di rumah kemudian tunaikan solat sunat terawih di rumah saja.

 

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Solat dibuat Lawak?” – Netizen Pertik4ikan Fikry Ibrahim Permainkan Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*