Selepas 3 Minggu, Masih Belum Ada Keputusan Kes Nikah Neelofa “Kertas Siasatan Diserahkan Kembali…”

Kes berhubung majlis pernikahan pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan mel4nggar prosedur operasi standard (S0P) masih belum selesai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by story of lofa (@lofa.pantaitimur)

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihak Timbalan Pendakwah Raya telah mengembalikan kertas sias4tan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.

“Kami akan menyerahkan kembali kepada DPP untuk tindakan selanjutnya minggu depan,” ujarnya menerusi laporan The Star.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakan netizen blngung kerana kes masih belum ada keputusan biarpun majlis tersebut telah berlangsung lebih tiga minggu..

Rata-rata mereka membandingkan kes tersebut dengan kes pel4nggaran S0P lain yang mana kompaun lebih pantas dikeluarkan.

Sekadar info, pada 13 April lalu, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut S0P yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.

Polis membuka kertas siasatan selepas timbul kekec0han bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi S0P dan tiada penjarakan fizikal.

Sebelum itu juga, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Penc3gahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).

Neelofa dan Riz diijabk4bul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa Fans (@lofa.redland_nlf)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: https://gempak.com/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 3 Minggu, Masih Belum Ada Keputusan Kes Nikah Neelofa “Kertas Siasatan Diserahkan Kembali…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*