PU Amin Dikcam Gara2 Bergmbar Dengan Wanita Seksl Di Bvlan Ramadhan, Ramai Terdiam Dengar Knyataan Beliau

KUALA LUMPUR : Bergambar bersama dua wanita s3ksi menampakkan avrat di bulan Ramadan, Penc3tus Ummah (PU) Amin, 31, menganggap perkara tersebut tidak ada salahnya memandangkan dirinya bukan sedang berp.elukan atau meny34ntuh wanita-wanita tersebut.

Menurut Amin, dia juga sedar gambar yang dirakam oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu akan dimuat naik dalam media sosial dan seperti didvga akan mendapat k3caman orang ramai.

“Betul, pakaian mereka tidak menutup avrat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli n3raka’? Samalah juga jika ada g0longan mak ny4h yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?.

“Orang p3rli dan s1ndir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka m4rah pula?.

“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti p0litik pula,”katanya semasa dihubungi hari ini.

Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita s3ksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Tampil menjelaskan, Amin berkata, dia hadir ke majlis berbuka puasa itu sebagai tetamu jemputan untuk membacakan doa selain memberikan tazkirah maghrib sebelum segera pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.

“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.

“Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sen.sitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keam.punan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.

“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena k.ecam juga? Macam mana ini?” katanya.

Dalam pada itu, kata Amin lagi, dia juga telah pun meminta agar gambar tersebut diturunkan daripada pemilik akaun media sosial tersebut namun tidak pasti sama ada ia sudah dilakukan atau tidak.

Selain itu, dia juga tidak menolak wujudnya andaian jika gambar itu digunakan bagi tujuan melonjakkan jenama p.roduk tertentu tanpa pengetahuannya selain mend.oakan semua yang terl1bat mendapat hid4yah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ⚜️ NADIRA ⚜️ (@nadiraisaac)

 

Kredit : Utusan via OM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PU Amin Dikcam Gara2 Bergmbar Dengan Wanita Seksl Di Bvlan Ramadhan, Ramai Terdiam Dengar Knyataan Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*