Ringkasan Sidang Media yang Dibuat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TEMPOH pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi berkuatkuasa 29 April sehingga 17 Mei ini, demikian menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selama tempoh tersebut, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali perjalanan antara negeri di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi konsep gelembung perjalanan hijau.

“Bagaimanapun, perjalanan antara daerah di negeri ini dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak berdasarkan keputusan kerajaan negeri masing-masing,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Ini bermakna pergerakan rentas negeri tetap tidak dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Umat Islam di negera ini dijangka meraikan Aidilfitri yang jatuh pada 13 atau 14 Mei.

Dalam sidang media itu, Ismail Sabri mengumumkan seluruh jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang dikenakan PKP.

Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan Sarawak diletakkan di bawah PKPB di mana Sabah bertukar daripada PKPP kepada PKPB.

Negeri yang kekal dengan status PKPP iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Putrajaya, Labuan, Perak, Negeri Sembilan (kecuali PKPB di daerah Seremban) dan Kedah (kecuali PKPB di Kuala Muda).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ringkasan Sidang Media yang Dibuat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*