Pendakwah Terkenal Dan Menteri Agama Jayakan Majlis Tahnik Putera Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur selepas selesai mengadakan majlis cukur jambul dan tahnik cahaya mata keduanya Muhammad Afwa, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi memuat naik koleksi foto sepanjang majlis yang berlangsung penuh sederhana berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.

 

Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar bust kami sekeluarga.

Video :

Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz lqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ddaniyaldbiyajid @uaioriginal @ustaziqbalzain

Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.

Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam.

Video :

Lebih istimewa apabila penyanyi berusia 42 tahun itu menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Selain itu, tiga pendakwah popular iaitu Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

Sumber : ohmymedia

 

Artikel Sebelum itu

Satu Malaysia tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah selamat mel4hirkan bayi lelaki pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H pada pukul 6:21 pagi. Menerusi kenyaaan rasmi di Instagram miliknya, difahamkan TokTi mel4hirkan anakandanya menerusi kaedah pemb3dahan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan TokTi tidak senang duduk dalam menguruskan majlis t4hnik anakanda beliau dek kerana bimbang para tetamu tidak dapat tempat duduk yang selesa semasa majlis berlangsung. Boleh dikatakan ada segelintir daripada ibu yang mel4hirkan anak secara pemb3dahan ini tidak terlalu berupaya untuk bergerak, namun tidak bagi TokTi yang tampak kuat dan bersemangat semasa majlis.

TokTi yang masih dalam keadaan ‘berp4ntang’ itu mendapat perhatian wargamaya kerana perwatakannya yang begitu bersemangat meskipun baru bersalin. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya kagum dengan sikap TokTi yang gigih serta kuat itu. Ada juga di kalangan mereka yang memberi pesanan kepada selebriti kesayangan mereka ini agar tidak terlalu keras bekerja.

Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, TokTi telah memuat naik gambar serta mengumumkan nama anakanda beliau yang diberi nama Muhammad Afwa. Menurutnya, nama ‘Afwa’ dipetik daripada sebuah doa yang dipilih oleh TokTi dan suami, Dato’ Khalid iaitu doa lengkap Aafiyah. MasyaAllah, sungguh comel dan manis Afwa ni salin tak tumpah seperti wajah Tokti dan Aafiyah. Semoga anakanda Afwa membesar dengan sihat hendaknya.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Via : http://www.riverbed.me/2021/04/27/kuatnya-tokti-bukan-berslin-cesar-ke-gelagat-dato-sri-siti-nurhaliza-sibuk-menguruskan-majlis-tahnik-dipuji-wargamaya/.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingkini.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pendakwah Terkenal Dan Menteri Agama Jayakan Majlis Tahnik Putera Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*