Isteri Ikat Tembikai Pada Perut Suami, Bagi Rasa Payahnya Meng4ndung

Hanya wanita yang pernah melaluinya saja yang tahu bagaimana rasanya membawa kandungan selama sembilan bulan. Demi memberikan peluang kepada si suami untuk merasainya, wanita ini memilih untuk menggunakan tembikai sebagai solusinya.

Perkongsian wanita ini menarik perhatian ramai apabila dia mengikat tembikai pada perut suaminya untuk membiarnya merasai kepayahan mengandung. Walaupun ianya tidak sama, ia sedikit sebanyak membantu lelaki itu merasainya sendiri.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat membawa tembikai di perutnya yang telah diikat dengan ketat. Dia kemudian melakukan rutin seharian seperti memakai kasut, baring di katil dan mengambil barang di lantai.

Nampak sedikit sebanyak lelaki itu sedikit struggle dalam melakukannya dek kerana ‘perut’ besarnya itu. Dia juga kelihatan mengalami kesukaran untuk bangun dari katil sama seperti yang selalu dialami wanita yang sarat mengandung.

Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai dan memberikan mereka idea untuk melakukan perkara yang sama pada suami mereka. Ini bukan saja dapat membantu para suami memahami kesusahan mereka malah membuka mata mereka tentang kepayahan yang dilalui oleh kaum wanita.

“Ada yang pernah guna dua tembikai dan rasanya lebih tepat…”

isteri ikat

“Ini baru 1% apa yang perempuan rasa masa mengandung.”

tembikai

“Patutnya suruh dia basuh baju dengan bersihkan kereta sekali.”

komen

“Saya akan suruh suami buat ni jugak.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isteri Ikat Tembikai Pada Perut Suami, Bagi Rasa Payahnya Meng4ndung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*