“Takvt Tengok Reaksi Elly Mazlein, Mar4h Sangat Tu,” – Wanita Ded4h ‘SkandaI’ Dengan Suami Orang Lebih 5 Kali

Episod terakhir program Borak Kelamin yang dihoskan oleh gandingan pengacara, Elly Mazlein dan Awal Ashaari telah pun bersiaran, pada Isnin.

Pada episod kali ini, program yang membincangkan mengenai isu kekeluargaan ini telah membahaskan topik hangat iaitu ‘Skandal Lunchtime’.

Antara tetamu undangan yang dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini ada berkongsi mengenai pergolakan rumah tangganya yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, Elly dilihat ada memuat naik sebuah video teaser yang memaparkan temu bualnya eksklusifnya bersama seorang wanita yang difahamkan telah menjadi punca kepada berlakunya kes curang melibatkan lima lelaki berstatus suami orang.

Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata menarik perhatian ramai pihak lebih-lebih lagi selepas melihat reaksi Elly yang cuba menahan rasa marah sewaktu temu bual tersebut sedang berlansung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Malah, Awal juga dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya saat mendengar pendedahan daripada wanita tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram selain turut mengecam tindakan wanita tersebut.

“Muka Kak Lina tak boleh nak cover dah bila Tasya tu tanpa rasa segan silu dan bangganya menceritakan kemaksiatan dia.

“Mesti Kak Lina pun tahan geram macam kami,” luah seorang individu.

“Hahaha, mengekek saya gelak tengok gelagat Kak Kepom. Marah Betoi tu,” komen seorang individu di Instagram.

“Muka Kak Lina menahan geram je semalam. Awal pun macam terkedu,” kongsi individu lain pula.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MediaHiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Takvt Tengok Reaksi Elly Mazlein, Mar4h Sangat Tu,” – Wanita Ded4h ‘SkandaI’ Dengan Suami Orang Lebih 5 Kali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*