Terdahulu Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini.
Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock tanah air itu, Mubarak Akhtar sepertimana dilapor portal The Star pada Ahad.
“Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda,” kata Mubarak.
Polis Melaka nafi sudah keluarkan kompaun terhadap Awie
AYER KEROH: Polis Melaka menafikan telah mengeluarkan kompaun terhadap penyanyi dan pelakon, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka yang tular baru-baru ini.
Ujar Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah, setakat ini pihaknya hanya mengambil keterangan dan tiada sebarang kompaun telah dikeluarkan seperti didakwa.
Hanya beberapa individu daripada persatuan beca yang terlibat dalam program itu masih belum dipanggil, dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Kita belum tuduh beliau lagi (Awie) kerana siasatan belum selesai. Tindakan dan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya pun belum kita perolehi, jadi macam mana bayaran saman itu dibayar?” katanya pada sidang akhbar berkaitan perkembangan C0VID-19 di Melaka di sini hari ini.
“Polis kontinjen Melaka belum lagi menerima sebarang bayaran, kita pun tak tuduh beliau (Awie) lagi. Tindakan dan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya pun kita belum perolehi, jadi macam mana kita nak tahu dia dah dibayar ke belum?
“Yang saya diberitahu bahawa statement Datuk Awie telah kita ambil dan penganjur di pihak hotel pun telah kita ambil, cuma beberapa orang daripada persatuan beca yang terlibat dalam program itu masih belum dipanggil.
“Selesai nanti kita akan hantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk (tindakan) selanjutnya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang pada Isnin.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang meloporkan pengurus artis terbabit, Mubarak Akhtar mendakwa Awie telah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar S0P C0VID-19 baru-baru ini.
Mengulas lanjut ujar Razali, setakat ini pegawai penyiasatnya telah mengambil keterangannya di rumah penyanyi rock berkenaan di Ampang, Selangor petang semalam.
Tambahnya, siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, satu video klip berdurasi 42 saat memaparkan beliau bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Melaka tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka tular di media sosial.
Awie Tampil Tegur Netizan
“Janganlah jadi netizen yang kurang bijak. Jadilah netizen yang bijak supaya boleh memeriahkan lagi penulisan dan boleh membantu meningkatkan lagi industri apa yang mereka sokong dan mereka suka.”
Itu kata penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie mengenai reaksi netizen di media sosial berhubung video isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis Misi Kemanusiaan Datuk Awie bersama Sayap-Sayap Wings di sebuah hotel di Melaka yang tular, Ahad lalu.
Awie berkata, apa saja alasan yang diberikan, mereka yang tidak tahu apa-apa akan terus menghina dan menghentam seperti tiada agama.
“Tapi apa boleh buat kerana kebebasan menulis dan mereka sudah ada Jabatan Netizen kononnya. Kalau setakat menulis seperti orang kurang bijak, buat apa nak tunjukkan kebodohan itu kepada cucu-cicit kita. “Saya nasihatkan supaya siasat dulu apa benda yang boleh diceritakan. Kalau tak tahu main hentam saja sudah jatuh hukum fitnah dan hukumnya apa?,” katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi kumpulan Wings ini juga meminta supaya netizen jangan terlalu gelojoh hanya kerana mahu menunjuk hebat di alam maya.
“Pada saya kelakar dan tak seram apapun sebenarnya. Ia jadi bahan kelakar. Kasihanlah diri kalau tulis nak orang ketawa. Dia nak kutuk orang tapi akhirnya orang kutuk dia semula. Saya harap mereka rasional. Boleh fikir secara elok.
“Jangan kalau artis buat saja mereka hentam, tapi tak tahu apa benda cerita dari awal. Hanya tengok di tengah-tengah dan awal serta penghujung tak tahu cerita,” katanya.
Awie berkata, paling menyedihkan kerana golongan ini sebangsa dan seagama dengannya.
“Saya sedih sangat. Peringkat awal saya hidup sebagai penyanyi rock, saya main rembat (hentam) tak tahu apa-apa. Saya menyanyi sahaja, tapi di peringkat sekarang dengan usia saya 53 tahun, adakah budak-budak umur 20-an ini boleh mencaci-cerca kepada satu perubahan yang positif yang nak dilakukan?
“Adakah ibu bapa mereka tidak ajar mengenai adab? Kasihan ibu bapa mereka. Budak-budak Melayu sekarang kurang adab. Melayu tinggi adabnya dan kurang biadapnya bak kata Hang Tuah,” katanya.
Awie juga menyeru netizen kembali kepada adab supaya Malaysia lebih harmoni, gembira serta kembali kepada silaturrahim yang makin pupus.
“Semua sekarang mengikut emosi. Bila ikut emosi, pentadbiran, persahabatan dan silaturrahim akan rosak.
“Satu lagi, jangan gila ‘likes’ sangat. Sekarang semua gila ‘likes’ dan nak tarik perhatian masyarakat sedangkan benda itu tak elok pun. Hanya untuk cari populariti, sanggup buat benda yang tak elok,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/05/awi-byr-kompp/
Be the first to comment on "Pengurus Kata Awie Dh Byr Denda, Sekali Polis Melaka Nafi Sudah Keluarkan K0mpaun terhadap Awie"