“Dah bagi banyak diskaun tapi tak bersyukur” – Bekas isteri PU Raihan dedah harga banglo

KISAH pertikaian membabitkan sebuah rumah banglo antara Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni dengan bekas isterinya, Ain Qaiyimah terus menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan bekas suaminya sebagai individu yang tidak bersyukur apabila enggan bersetuju dengan tuntutan mut’ah sebanyak RM300,000 sebagai tebus nilai rumah berkenaan.

“Sebagai bekas isteri PU Raihan, saya tampil diri untuk memberitahu yang harga rumah sebenarnya mencecah RM500,000.

“Saya dah bagi banyak diskaun dan hanya minta RM300,000 pun tak bersyukur,” katanya.

Ain tampil menjelaskan di ruang komen Instagram mStar susulan kenyataan Raihan sebelum ini yang tidak bersetuju dengan nilai tuntutan tersebut.

 

Ain memuat naik status dan komen di Instagram.

Ujar Raihan, dia percaya nilai banglo tersebut tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor termasuk hanya terdapat dua bilik tidur selain perabot dan peralatan rumah akan dikosongkan.

Malah Raihan juga memaklumkan dia tidak berniat untuk merobohkan kediaman yang dibina di atas tanah milik bapanya itu seperti laporan sebelum ini.

Dah tak ada niat nak roboh pula… memang putar belit sangat ni.

AIN QAIYIMAH

Mengulas mengenai hal berkenaan, Ain bagaimanapun berkata dia sendiri tidak memahami apa yang dikehendaki bekas suaminya itu.

“Dah tak ada niat nak roboh pula… memang putar belit sangat ni,” kata Ain lagi.

Sebelum ini Ain mendakwa mempunyai bukti pendakwah bebas itu mahu merobohkan kediaman yang dibina menggunakan wangnya selepas mereka bercerai.

 

Antara gambar bahagian dalam rumah yang dimuat naik ke Facebook Ain.

Bagaimanapun Raihan berkata dia sedia menunggu proses undang-undang bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan.

Proses tuntutan mut’ah Ain terhadap Raihan dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mStar via http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dah bagi banyak diskaun tapi tak bersyukur” – Bekas isteri PU Raihan dedah harga banglo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*