Langgar SOP: Setelah tvduhan dibacakan,Ini Pengakuan Neelofa, Pu Riz

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris telah hadir ke mahkamah Seremban pagi tadi. Dari laporan, pasangan suami isteri ini datang ke Mahkamah Majistret Seremban pada jam 850 pagi untuk prosiding pendakwaan.

Mereka berdua didakwa atas tuduhan melanggar SOP dengan tak scan di aplikasi MySejahtera atau tulis nama di buku ketika datang ke kedai karpet di Nilai 3.

Setelah tuduhan dibacakan, kedua mereka mengaku tak bersalah atas kesalahan berkenaan.

Berbalik kepada k3s berkenaan, pada tarikh 4 Mei lepas, Neelofa dan Pu Riz dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk buat keterangan ekoran kehadiran mereka di sebuah kedai karpet pada 2 Mei.

Ianya setelah beberapa gambar dan video menunjukkan mereka berada di kedai berkenaan iaitu kedai Naeem Carpet. Pemilik dan juga pembantu kedai karpet tersebut turut memberi keterangan tentang isu ini.

Siasatan mendapati Neelofa dan Pu Riz didakwa melanggar SOP iaitu kedua-dua mereka tidak scan di aplikasi MySejahtera dan Pu Riz pula dilihat tidak memakai mask di tempat awam.

Selepas buat pengakuan tak bersalah, Neelofa telah diikat jamin sebanyak RM5 ribu, manakala Pu Riz pula diikat jamin sebanyak RM10 ribu. Pada mulanya, pihak pendakwa mahu ikat jamin dikenakan sebanyak RM20 ribu.

Mahkamah kemudian telah menetapkan bahawa sebutan semula kes untuk kedua pasangan suami isteri ini ditetapkan pada tarikh 4 Jun 2021.

Neelofa dan Pu Riz dilihat hadir dan pergi dengan menaiki sebuah kereta BMw berwarna hitam. Ketika tiba di Mahkamah, mereka berdua dilihat berpegang tangan ketika keluar dari kereta sebelum beratur dan scan nama serta check suhu.

Ketika pulang Neelofa dan Pu Riz masuk ke dalam kereta sebelum barlalu pergi, Pu Riz hanya mengcapkan salam sahaja kepada para wartawan yang hadir.

Kemudian, peguam kepada Neelofa dan Pu Riz ada memberi sedikit kenyataan setelah ditanya oleh pihak media.

Sumber: http://news-tel.com/neelofa-pu-riz-mengaku-tak-bersalah-atas-tuduhan-tak-scan-mysejahtera-9502/amp?fbclid=IwAR3Vz_qj0Gtse4NdBhDvmKIFzeejyLUqaaQq32sSa2UjSNlrj37laF52dpw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://transformasi.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Langgar SOP: Setelah tvduhan dibacakan,Ini Pengakuan Neelofa, Pu Riz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*