“Tolonglah l0ckdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terb4ring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak

Situasi itu menimbulkan kegusaran dalam hati ramai orang terutamanya golongan barisan hadapan yang bekerja keras dan berkhidmat tanpa rehat secukupnya demi membendung penularan virus ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dilalui frontliners di sebalik tabir dalam ‘peperangan’ ini.

Melalui sebuah video TikTok dikongsi oleh seorang anggota barisan hadapan, Faizal Hamed menunjukkan para petugas kepenatan terbaring beramai-ramai untuk berehat walaupun cuma seketika.

Dengan masih lengkap berpakai PPE, petugas barisan hadapan itu semua boleh dilihat tidur dan dalam keadaan tidak bermaya kerana keletihan yang melampau. Bukan setakat penat, mereka juga terpaksa t4han panas kerana memakai sut PPE itu sepanjang masa.

Melihat keadaan itu, ramai netizen berasa sebak dan bersimpati dengan situasi dilalui para petugas semua. Ramai yang meninggalkan komen berkata yang mereka tidak dapat bayangkan peng.orbanan frontliners.

Selain itu ramai yang turut meluahkan rasa kecewa dan geram dengan pihak yang masih memandang remeh dengan wabak yang sudah mer.agut 2,099 ny.awa di negara kita setakat ini. Ada yang turut mencadangkan agar lebih banyak video menunjukkan realiti dan keadaan sebenar seperti ini terus disebarkan bagi tujuan menaikkan kesedaran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: LM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tolonglah l0ckdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terb4ring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*