SELEPAS KERAJAAN UMUMKAN PERATURAN LEBIH ‘KETAT’ UNTUK PKP 3.0, INI KOMEN PADU NAJIB RAZAK KEPADA KERAJAAN MUHYIDDIN

Kerajaan memutuskan untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Perkara itu dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan C0vid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan itu turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penul4ran C0vid-19.

Jelasnya, perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.

“Sidang Khas membincangkan status pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei lalu. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

“Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat turut meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berhubung status terkini kes termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan cov1d-19.

Malaysiakini - Najib: Sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa?

Selepas selesai sidang media MKN dan KKM hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak tampil muat naik 1 kenyataan di laman rasmi Facebook beliau.

Menurut Najib Razak, apa yang berlaku sekarang telah pun berlaku sebelum ini terutama tentang waktu operasi restoren dimana minggu depan akan bermula operasi hanya boleh sehingga pukul 8 malam sahaja.

Sebelum ini juga pernah terjadi dan selepas rakyat ramai mengeluh, kerajaan menukarkan semula kepada waktu 10malam waktu operasi.

Ringkasan MCO+ 3.01

“Seperti yang pernah berlaku dahulu, saya jangka akan ada u-turn tak lama lagi di mana waktu operasi kedai makanan dan food delivery dilanjutkan dari 8 malam ke 10 malam sebab kerajaan masih benarkan semua sektor ekonomi beroperasi tapi tak beri peluang kepada pekerja untuk beli makanan selepas lepas kerja pada pukul 8 malam.

SOP terperinci: Minggu depan” – Najib Razak

Najib Razak turut menyuarakan pendapat dimana kerajaan patut ambil serius didalam PKP 3.0 supaya apa yang terjadi pada PKP 2.0 tidak akan berlaku lagi.

“Sekiranya tidak, rakyat akan menghadapi PKP 4.0 di kemudian hari.

Sebab kita tak berazam dan tak tegas untuk tutup semua seperti PKP 1.0 untuk masa 21 hari atau sebulan dengan bantuan sewajarnya untuk putuskan rantaian cov1d, pengalaman PKP 2.0 akan berulang.

Kes baharu mungkin akan turun secara perlahan ke 2,000 dan kerajaan akan mula beri satu persatu kelonggaran walaupun kes masih tinggi sebab orang ramai dah tak dapat tahan lagi pada ketika bantuan tidak mencukupi.

Selepas kelonggaran diberi, kes akan naik semula ke 5,000 atau 6,000 dalam sebulan dua dan kerajaan akan umum PKP 4.0″ – Najib Razak

Sumber : Utusan Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "SELEPAS KERAJAAN UMUMKAN PERATURAN LEBIH ‘KETAT’ UNTUK PKP 3.0, INI KOMEN PADU NAJIB RAZAK KEPADA KERAJAAN MUHYIDDIN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*