Selain Pergerakkan Terhad 10km, Ini Senarai Perkara Wajib yg Perlu Anda Patuhi Sepanjang Lckdown 

SEMUA pusat beli-belah atau shopping mall akan ditutup sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’ bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Bagaimanapun, premis berkaitan keperluan asas seperti makanan dan barang keperluan di dalam pusat beli-belah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang.

Selain itu, restoran, outlet makanan termasuk gerai di tepi jalan dibenarkan beroperasi, namun ‘dine-in’ masih tidak dibenarkan.

Pada Jumaat lalu, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockd0wn’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) seperti yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semua surat Miti terbatal mulai 1 Jun! Pergerakan terhad 10km dari kediaman, hanya 2 individu dalam satu kereta

SEMUA surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kementerian-kementerian yang berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran perjalanan baharu.

Ini untuk sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021 ini.

Bagaimanapun katanya, bagi perjalanan merentas negeri dan daerah untuk tujuan kecem4san, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran.

“Surat rentas negeri untuk urusan kerja tidak boleh lagi digunakan, ia akan tamat pada 31 Mei dan kementerian-kementerian akan keluarkan surat baharu berkaitan kerja.

“Tapi untuk kes-kes lain kita benarkan seperti kes kecemasan seperti kem4tian, keluarga sak1t, naz4k dan sebagainya…

Perkara ini boleh dirujuk kepada PDRM,” katanya pada sidang media Ahad petang.

Ismail Sabri berkata, Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan untuk berada dalam kenderaan persendirian bagi tujuan mendapatkan barang keperluan harian.

Pergerakan yang dibenarkan adalah dalam radius 10 kilometer dari kediaman sepanjang tempoh ‘total lockdown’.

Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Terdahulu KERAJAAN memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockd0wn’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat, pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Dalam perkembangan terkini, KDN akan menguatkuasakan PKP secara lebih ketat mnjelang l0ck d0wn penuh

KENYATAAN MEDIA

1. Susulan pengumuman pelaksanaan ‘lockdown’ di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil langkah-langkah tambahan.

Ini bagi memastikan aspek penguatkuasaan dan pematuhan SOP dilaksanakan secara berkesan.

2. Sehubungan itu, kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah kepada 55,000 anggota sepanjang pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini berbanding 37,000 anggota semasa.

Disamping PDRM, KDN juga telah menggerakkan seramai 15,000 anggota lagi daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain yang menjadikan jumlah kekuatan tambahan keseluruhan sebanyak 70,000 anggota.

Walau bagaimanapun, KDN bersedia untuk menambah jumlah anggota jika diperlukan melalui PDRM, JIM, APMM, RELA, ESCOMM, AKSEM, PENJARA, PKK serta AADK bagi tujuan penugasan tersebut.

3. Selain itu, KDN melalui PDRM juga akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada masa ini.

4. Pemeriksaan secara mengejut juga akan dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti MITI, KSM, KKR.

Dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi. Jumlah penugasan Tim Pemantauan Pematuhan SOP tersebut akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota berbanding 13,795 orang ketika ini.

Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

5. Selain dari OP BENTENG, APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP.

Dan kawalan sempadan terutama di laluan-laluan panas yang menjadi tempat pendaratan pendatang asing bagi mencegah kemasukan secara h4ram.

6. Manakala JIM bersama JPN dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara.

7. KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ kali ini.

Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 [Akta 342].

8. Untuk sebarang pertanyaan melibatkan KDN dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berhubung pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan (seperti di lampiran) yang sudahpun beroperasi ketika ini. Manakala Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : limauasamboi via balikbilik.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selain Pergerakkan Terhad 10km, Ini Senarai Perkara Wajib yg Perlu Anda Patuhi Sepanjang Lckdown "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*