[VIDEO] Wanita luah ger4m ibu bapa bersusah payah bayarkan pinjaman anak di kaunter, “Dh tua² pon…”

Apabila melanjutkan pelajaran ke universiti, ibu bapa yang biasanya akan menguruskan pinjaman anak-anak agar pengajian mereka berjalan lancar. Oleh itu menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat setelah mereka habis belajar dan mempunyai perkerjaan.

Namun perkongsian seorang wanita ini menimbulkan rasa geram orang ramai apabila dia mendedahkan bahawa ada sesetengah golongan yang meminta ibu bapa tolong menguruskan pembayaran pinjaman mereka di kaunter pejabat pembayaran.

Dalam video yang tular di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa marahnya apabila ibu bapa yang sudah tua datang ke kaunter untuk bayarkan pinjaman anak-anak mereka.

Walaupun dia mengakui perkara itu tidak salah, dia mengingatkan orang ramai untuk menyerahkan maklumat lengkap kepada ibu bapa sebelum meminta bantuan mereka untuk membayarkan apa-apa di kaunter.

Apa yang membuatkannya kecewa adalah melihat ibu bapa yang sudah tua terpinga-pinga apabila ditanyakan nombor akaun anak-anak apabila ingin membuat pembayaran.

Ibu bapa kemudian terpaksa membuat panggilan yang mana tidak dijawab anak mereka. Lebih mengecewakan, individu yang melakukan perkara itu adalah mereka yang telah dewasa dan sepatutnya tidak menyuruh ibu bapa bayarkan pinjaman mereka.

Perkongsian wanita berkenaan menerima pelbagai komen, rata-ratanya pernah menyaksikan situasi yang sama membuat mereka sendiri rasa bersalah.

“Terpinga-pinga…”

“Blajaq tggi2 xkn xpndai on9…”

“Dh tua² pon duk bawah ketiak mak…”

“aku akan angin g1la…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita luah ger4m ibu bapa bersusah payah bayarkan pinjaman anak di kaunter, “Dh tua² pon…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*