Akhirnya CEO Prasarana Buka Mulut Tentang Pamp4san Yang Diminta Oleh Salah Seorang M4ngsa Nah4s LRT

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan ia sudah menerima notis tuntutan daripada peguam yang mewakili Wong Chee Foong, seorang daripada penumpang yang terkes4n ak1bat pelangg4ran tren sistem transit aliran ringan (LRT), awal minggu lalu. Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Norlia Noah berkata, Prasarana menerima notis itu hari ini dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik Prasarana untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.

“Kebajikan penumpang kami terus menjadi keutamaan. Prasarana dari semenjak mengetahui ins1den itu mengambil langkah segera untuk sama ada menghubungi penumpang terbabit atau ahli keluarga mereka.

“Kami memahami En Wong kini masih menjalani rawatan di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan ihsan kepada beliau akan disampaikan sebaik sahaja keadaan sesuai untuk berbuat demikian. Kami memberi jaminan perbelanjaan perub4tan untuk pembed4han dan raw4tan lain di Hospital Kuala Lumpur akan ditanggung sepenuhnya oleh Prasarana dan kami mendoakan supaya En Wong segera sembuh,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan keluarga m4ngsa nah4s LRT itu menghantar notis tuntutan kepada Prasarana, meminta pengendali perkhidmatan rel itu membayar RM1.8 juta pampasan dan ganti rugi kecua1an di atas keceder@an yang dialaminya.

Tuntutan berkenaan merangkumi perbelanjaan bagi perubatan, keceder@an fizikal, tekanan mental dan emosi, travma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan am atas kecuaian yang berlaku.

Norlia juga berkata, Prasaran sudah mula melakukan pembayaran sumbangan ihsan seperti yang diumumkan semasa sidang akhbar pada 25 Mei lalu.

“Ini merupakan sumbangan ihsan sekali bayar kepada semua 213 penumpang terbabit dan akan dibayar sebaik sahaja butiran penumpang diperoleh dan disahkan. Setakat ini 31 penumpang sudah tampil untuk menerima bantuan itu,” kata beliau.

Tambahan pula, syarikat itu juga sudah menghulurkan sumbangan ihsan dalam bentuk bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan dan rawat4n susulan selain daripada menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua penumpang yang terbabit dalam nah4s itu.

Dalam kejadian 8.33 malam, 24 Mei itu, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Pada keesokan harinya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata siasatan awal mendapati nah4s itu antaranya disebabkan kecuai4n pemandu salah sebuah tren itu yang memandu di arah yang salah.

Prasarana sebelum itu mengumumkan bahawa ia akan menyediakan bantuan khas RM1,000 dan bantuan lain kepada semua mangs4 nah4s itu.

Kredit:HMetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : sportdailynews

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya CEO Prasarana Buka Mulut Tentang Pamp4san Yang Diminta Oleh Salah Seorang M4ngsa Nah4s LRT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*