Gambar Tutup Pintu Jadi Perdebatan Hangat Netizan, Ismail Sabri Jelaskan Maksud Sebenar Gambar Tersebut

Hantaran penuh teka-teki Ismail Sabri Yaakob mengenai “pintu depan” petang tadi mengundang ulasan ramai pihak, termasuk ahli politik.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ………………..” kata menteri kanan (kluster keselamatan) itu di Facebooknya, tanpa merujuk sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan.

Ada yang seakan bersimpati dengan menteri pertahanan itu, namun ada juga yang meny1ndirnya.

Antaranya ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang menyuarakan kebimbangan akan masa depan negara apabila ia menunjukkan Ismail seperti tiada keyakinan atau kawalan untuk menjaga “pintu depannya” sendiri.

“Ini Menteri Pertahanan Malaysia. Kalau dia tak ada keyakinan/kawalan terhadap pintu depan sendiri, bayangkan nasib Malaysia.

“Masa ‘total l0ckdown’ pun masih ada masa untuk post macam ini sedangkan banyak lagi syarikat tak tahu bagaimana nak mohon kelulusan untuk terus bekerja. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini saya dah tak tahu macam mana nak komen,” ulasnya di Facebook.

 Ismail Sabri Yaakob Tampil Beritahu Maksud Pintu

“Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”

Demikian penjelasan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai hantarannya dalam Facebook, semalam, berkaitan pintu yang menimbulkan pelbagai pers.oalan dalam kalangan warga maya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COV1D-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, hari ini.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, Ismail Sabri memuat naik gambar menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan.

Hantaran yang turut disertakan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bahawa P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setakat ini, hantaran terba.bit mendapat lebih 70,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian.

Terdahulu, ramai warganet yang meninggalkan komen di hantaran Ismail menganggap ia sebagai tanda kekecewaannya terhadap banyak kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa semalam.

Hanya 17 sektor yang dianggap perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi. Kilang juga tidak dibenarkan beroperasi, kecuali melibatkan perkhidmatan perlu dengan kapasiti yang dikurangkan.

Kilang atau perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) diterajui Mohamed Azmin Ali dari Bersatu.

Ini mengundang krit1kan banyak pihak yang mendakwa lebih banyak kilang wajar dihal4ng daripada ber0perasi memandangkan data menunjukkan sektor perkilangan dan pembuatan menjadi penyumbang terbesar k3s Cov1d-19 setakat ini.

Malah, terdapat rungvtan di media sosial bahawa bahawa terdapat syarikat yang tidak pun memenuhi kriteria perkhidmatan penting namun tetap mendapat lampu hijau daripada Miti.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii, mentafsirkan hantaran Ismail sebagai “ada pihak lebih besar yang mengubah keputusan” dibuat.

Dia berkata sekatan pergerakan penuh wajar mengikut garis panduan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tegas.

“Selagi perdana menteri terus berkurung di Seri Perdana dan tidak mahu berjumpa wartawan dan rakyat, keputusan-keputusan akan menjadi kelam kabut.

“Bersabarlah wahai menteri pertahanan, teruskan dengar suara rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Bekas timbalan menteri pertahanan pula membayangkan hantaran tersebut menggambarkan tiadanya kesepakatan antara menteri dalam pentadbiran PN.

“Ini bukan kes tak ada kumpulan Whatsapp. Ini macam dah left group,” ciapnya di Twitter, sambil melampirkan tangkap layar hantaran Ismail.

Walaupun hantarannya tidak merujuk kepada mana-mana pihak, menerusi ruangan komen netizen menyifatkan kata-kata itu penuh tersirat.

“Terima kasih atas usaha tuan. Bukan mudah menyandang posisi sebegini dalam keadaan semua menumpukan kepada beliau,” kata pengguna Facebook Shukor Said.

“Terlihat kepenatan pada wajah beliau. Semoga semua kita dilindungi. Ya ALLAH angkatlah Cov1d-19 ini jauh-jauh dari bumi Malaysia,” kata pengguna Facebook Acik Za.

“YB Dato tolong pantau dan ambil tindakan. Kerajaan umum lockdown tapi kenapa ada yang masih beroperasi. Mohon perjelaskan isu ini. Kalau tidak sia-sia sahaja kita berusaha untuk melandaikan kes,” kata pengguna Facebook Abdul Muhaimin Abu. Bakar

“Kalau gini gayanya, makin lambat lah murid-murid dapat belajar secara bersemuka. Kasihan anak-anak kita,” kata pengguna Facebook Mohamad Hakim.

“Maksud sini, YB Menteri suddah berusaha sebaik mungkin untuk bendung penularan Cov1d-19, tapi ada sahaja pintu belakang dibuka. Lihatlah sektor ekonomi. Asalnya semua tutup, tapi entah macam mana ada yang buka. salah siapa?” kata pengguna Facebook James Newton.

“Tak apa Datuk usaha lagi untuk bersuara. Jika Datuk melakukan dengan betul Insha ALLAH rakyat juga akan turut bersama Datuk. Datuk harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku.

“Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir-fikirkan lah Datuk. Jangan biar kan diri Datuk dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,“ kata pengguna Facebook Asnirul Fitri Tukimam.

Semalam, beliau juga turut memuatnaik video tinjauannya di sekitar ibu negara. Dalam video berkenaan, beliau dilihat berkain pelikat dan memandu sendiri.

“Saya sungguh terharu.

“Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi. Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus #stayhome.

“Juga, berhenti singgah di sekatan jalan raya bertanyakan khabar kepada ‘frontliner’.. Insya-ALLAH, kita fight together guys,” tulis beliau di Facebook.

Direkodkan, Ismail Sabri menyandang jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan sejak 9 Mac 2020 dan bekerja keras tatkala negara dilanda pandemik.

Beliau juga menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia tambahan pula acap kali bergandingan bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membentangkan laporan mengenai C0v1d-19.

Semoga dipermudahkan urusan para pemimpin negara dalam melalui saat-saat genting ini. Diharapkan usaha kita dalam mematuhi total lockdown ini tidak sia-sia.

 

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gambar Tutup Pintu Jadi Perdebatan Hangat Netizan, Ismail Sabri Jelaskan Maksud Sebenar Gambar Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*