“Resah Gelisah, MasaIah Gangguan Tidur” Faizal Ismail FBI Ceritakan Apa Yg Telah Terjadi Kpd Diri Dia

Sudah agak lama tidak mendengar khabar berita bekas penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau sinonim dengan panggilan FBI.

Terbaru, beliau mendedahkan pernah mengalami rasa resah gelisah serta masalah gangguan tidur dalam tempoh yang agak lama.

Faizal berkongsikan pengalamannya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas, baru-baru ini.

Jelasnya, sebelum ini boleh dikatakan dirinya terlalu mengejar keduniaan dan kini beliau cuba untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.

Tertinggal Jauh, Jauh Sangat

“Sebenarnya, kedudukan saya sebagai hambaNya, saya rasa macam sudah tertinggal jauh. Jauh sangat-sangat dan keduniaan saya, saya kejar terlampau sangat.

“Dan saya telah tinggalkan apa yang sepatutnya saya buat sebagai hamba Allah SWT. Itu yang saya dapat jawapan.

“Sekarang ni saya tebus masa saya untuk lebih dekatkan diri kepada Allah SWT, lebih kepada akhirat, insya-Allah,” katanya memetik Media Hiburan.

Bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mendedahkan sebelum ini dia pernah mengalami kemurungan dan gangguan tidur yang agak lama.

Bingung dengan apa yang berlaku, Faizal cuba mencari jawapan dan penyelesaian sehingga bertemu dengan seorang ustaz.

“Pada mulanya saya mendapat gangguan tidur yang agak lama. Saya jadi resah gelisah dan boleh dikatakan kemurungan.

“Saya tak percaya saya berada dalam keadaan depression sedangkan saya rasa saya seorang yang ceria.

“Untuk mencari solusi ini, saya cuba rujuk pada seorang ustaz dan dia beritahu ia salah satu ujian dariNya kerana Dia hendak beri saya sesuatu.

“Selepas berguru dengan ustaz tersebut akhirnya saya bertemu jawapan dan kemudian saya membuat keputusan untuk menyertai tabligh,” ceritanya.

Faizal berkongsi kisahnya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas.

Sesal dengan kehidupan yang lalu, Faizal bersyukur kerana mendapat jawapan dari Allah selepas menyertai tabligh.

“Dalam masa 3 hari tu, saya seolah-olah dapat jawapan daripada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kedudukan saya sebagai hambaNya.

“Saya rasa saya dah jauh daripada Dia, jauh sangat-sangat dan keduniaan yang saya kejar terlampau sangat. Saya telah tinggalkan semua yang patut saya buat sebagai Hamba Allah SWT” luahnya.

Versi penuh temubual FBI dalam segmen itu boleh ditonton di bawah.

 

Alhamdulillah, terbaik FBI. Dalam bercerita, lawak selamba tu masih ada. Semoga istiqomah hingga ke akhir hayat, Insya Allah.

Kita ini hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ini. – CARI

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ via cari

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Resah Gelisah, MasaIah Gangguan Tidur” Faizal Ismail FBI Ceritakan Apa Yg Telah Terjadi Kpd Diri Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*