Sakan berj0get TikTok pakai baju nampak dada… Daiyan Trisha ditegur s3ks1

GARA-GARA berjoget sakan di TikTok dengan pakaian yang menampakkan bahagian dada, penyanyi Daiyan Trisha menerima kecaman pelayar media sosial itu kerana dianggap terlalu s3ksi dan mencolok mata.

Bagaimanapun menurut Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, baju yang dipakainya itu masih disifatkan sebagai tidak keterlaluan.

“Saya memang tak jangka langsung akan terima komen-komen macam itu. Bagi saya baju itu biasa sahaja, tidaklah mencol0k mata.

Daiyan tak ambil pusing komen negatif.

“Semua orang tahu saya bukanlah seorang yang s3ks1, saya masih tahu batas-batas pemakaian.

“Kalau saya rasa posting tu ada yang tidak kena, memang saya tidak akan post. Jadi saya post video berkenaan sebab memang saya tak rasa seksi pun,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sehingga kini video aksi Daiyan menari bagi #breakfastchallenge itu sudah meraih lebih 2.1 juta tontonan.

Dalam rakaman tersebut, Daiyan memakai t-shirt yang terdedah di bahagian dada.

Menurut Daiyan lagi, dia mengambil pendekatan enggan melayan komen-komen tersebut kerana tahu kebanyakan netizen yang berada dalam platform tersebut terdiri daripada kanak-kanak atau remaja yang masih lagi bersekolah.

Saya post video berkenaan sebab memang saya tak rasa seksi pun.

DAIYAN TRISHA

PENYANYI, PELAKON

“Saya selalunya jarang spend masa baca komen-komen di TikTok, saya baca sikit lepas tu dah pergi ke Instagram dan Twitter pula.

“Di TikTok memang kita tahu ramai budak-budak sekolah, mereka pun main cakap sahaja.

“Saya rasa sekarang semua orang banyak masa duduk di rumah, sebab itu mereka suka fokus pada benda negatif daripada nak cari benda yang positif,” ujarnya lagi.

Antara komen yang dilontarkan netizen terhadap Daiyan.

Penyanyi lagu On My Way ini juga berkata, netizen seharusnya menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak dan bertanggungjawab dalam komen mereka.

“Saya rasa di mana-mana platform media sosial pun, seseorang itu janganlah terlalu kasar dalam meninggalkan komen.

“Kita kena sentiasa jaga bahasa. Saya buat TikTok ini pun untuk tujuan expand nama dan brand Daiyan Trisha itu sendiri.

“Setiap platform media sosial, saya ada content tersendiri agar jadi lebih relatable dengan semua pengikut,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sakan berj0get TikTok pakai baju nampak dada… Daiyan Trisha ditegur s3ks1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*