“Kenyataan Saya Berbeza..” – Fazura Kesal Kenyataan Diberi Kepada Wartawan ‘Misleading’

Lumrah kehidupan seorang selebriti terkenal tanah air seakan terikat dengan mata orang ramai yang meminati mereka, lebih-lebih lagi menjadi tumpuan bagi pihak media. Baru-baru ini, nama aktres jelita Nur Fazura binti Sharifudin atau lebih mesra dengan panggilan Fazura kerap tampil di akaun Instagram miliknya dengan memakai hijab sehingga penampilannya itu menjadi perbualan orang ramai. Namun, difahamkan Fazura tidak mahu mengulas lanjut mengenai imej baharunya itu. Menurut Fazura, soal bertudung biarlah menjadi persoalan peribadinya sahaja dan tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai.

Terbaru, Fazura meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan tindakan dan sikap pihak media yang seolah-olah tidak bertanggungjawab kerana telah memuat naik sebuah artikel berkaitan ‘penghijrahan’ dirinya yang ‘mengelirukan’ orang ramai menerusi ‘clickbait’ headline(tajuk utama) yang tertera di artikel tersebut. Menurut Fazura, dia berasa sangat sedih apabila headline itu sedikit berbeza dengan maklum balas ringkas Fazura mengenai isu penampilannya itu yang diberi kepada waratawan penulis artikel tersebut, yang juga merupakan rakan media Fazura.

Menerusi tangkap layar perbualan antara Fazura dan wartawan tersebut, difahamkan penulis artikel ini pada awalnya tidak membuat headline yang mengelirukan, sebaliknya dia menulis bulat-bulat kenyataan Fazura dan telah memberi artikel lengkap kepadanya untuk diperiksa dahulu sebelum diterbitkan ke laman portal. Namun, Fazura seakan terkejut apabila headline artikel itu bertukar kepada headline yang amat berbeza daripada kenyataannya setelah artikel tersebut diterbitkan. Fazura berkata tidak wajar untuk seorang editor yang mengemaskini artikel itu untuk menukar headline tanpa memaklumkan kepada dirinya terlebih dahulu.

Tambah Fazura lagi, rakan-rakan media telah pun sedia maklum bahawa Fazura tidak gemar untuk bercakap mengenai topik berkaitan ibadah terutamanya soal penampilan dirinya mengenakan hijab. Menurutnya, soal penghijrahan dan bertudung ini amat peribadi dalam kehidupan dirinya dan biarlah menjadi rahsia di antara dirinya dan Pencipta (Allah SWT). Fazura turut menegaskan bahawa dia tidak mahu isu seperti ini berbangkit dan digembar-gemburkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi apabila pihak media memuat naik artikel yang mengelirukan.

“Soal ini amatlah peribadi buat Faz dan seboleh-bolehnya Faz tak pernah mahu berkata apa-apa kerana biarlah ianya menjadi rahsia Faz dan Allah SWT sahaja.

“Ramai rakan wartawan juga telah sedia maklum yang faz memang tak suka sentuh isu ibadah amat lah bersifat peribadi buat Faz. 

“Faz sangat sedih bila perkara ini digembar-gemburkan sebegini dan dengan kenytaan yang sangat misleading” luah Fazura di Insta Story miliknya. 

Menurut Fazura, dia berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya artikel tersebut diturunkan agar tidak terus-terusan menjadi kontroversi yang akhirnya hanya akan memberi kesan pahit dalam kehidupan peribadinya. Fazura turut mengakui dia amat kesal kerana berkata setuju dengan rayuan wartawan untuk menulis mengenai penampilan imej bertudungnya. Dia turut memohon agar Allah SWT akan mengampunkan kekhilafan dirinya. Aduhai, kesian Fazura terpaksa berdepan dengan isu sebegini walhal bukan salahnya..

Apa-apa pun sebagai peminat dan pihak media, kita wajar untuk menghormat! permintaan mereka yang tidak mahu untuk mengulas lanjut mengenai isu peribadi dalam hidup mereka. Bagaimanapun, mungkin juga pihak media terlepas pandang mengenai isu yang boleh dikatakan amat sensitif ini. Apa-apa pun, semoga isu ini menjadi iktibar kepada pihak media lain agar dapat sama-sama memperbaiki kesilapan supaya isu seperti ini tidak terjadi lagi.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfn

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kenyataan Saya Berbeza..” – Fazura Kesal Kenyataan Diberi Kepada Wartawan ‘Misleading’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*