Lisa Surihani Selamat BersaIin Anak Lelaki, Tapi Ada Sesuatu Istimewa Tentang Bayi Barunya Ini

Ulang tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa.

Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

Foto: IG

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry.

Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.

“Alhamdulillah tahniah kak @lisasurihani dan abang @yusryabdhalim… semoga anakanda kalian menjadi anak yang soleh dan salah satu asbab kalian ke syurga. Amin. Selamat berpantang kak Lisa.

“Sama tarikh dengan hari lahir anda. Syukur Alhamdulillah… tahniah untuk anda berdua ya.

“Alhamdulillah… wah tahun hadapan bolehlah sambut hari lahir dengan daddy dia sekali ya. Tahniah Lisa dan Yusry,” komen beberapa netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran anak ketiga pasangan itu gagal apabila Yusry belum membalas mesej.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan isterinya yang juga seorang pelakon sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan netizen dan rakan media.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan kehamilan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman.

Pelakon filem Ular itu mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun. -CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lisa Surihani Selamat BersaIin Anak Lelaki, Tapi Ada Sesuatu Istimewa Tentang Bayi Barunya Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*