Usia Kandvngan Ayda Jebat Jadi Persoalan, Peminat Suruh Study Dulu Sebelum ‘Bunyi’ – “Kandvngan Dikira Dari Hari Pertama Peri0d Yang Ter4khir”

Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29.

“Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.

Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut.

Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.

“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.

“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya.

“Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal.

“Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.

Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan.

“Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke?

“Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh?

“Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Usia Kandvngan Ayda Jebat Jadi Persoalan, Peminat Suruh Study Dulu Sebelum ‘Bunyi’ – “Kandvngan Dikira Dari Hari Pertama Peri0d Yang Ter4khir”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*