Tayang Foto Dengan 4 Lelaki Berlainan, Ramai Sangka Wanita Ini Bangga Kahwin Banyak Kali

Media sosial merupakan ‘lubuk’ untuk mencari tahu tentang isu-isu semasa. Kadangkala perkara-perkara tidak penting ataupun meragukan juga sering tersebar walaupun tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai.

Oleh itu, setiap posting yang dibuat haruslah memikirkan terlebih dahulu risiko yang akan berlaku walaupun kita sekadar bergurau sahaja.

Kahwin dah empat kali?

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita yang menggunakan nama akaun @yayaranggi apabila memuat naik kompilasi gambar bersama beberapa orang lelaki terpenting dalam hidupnya dengan menggunakan gelaran ‘lelaki pertama, kedua, ketiga dan keempat’.

Muat naik tersebut sudah tentu membuatkan banyak pihak salah sangka terutamanya netizen kerana berasa video berkenaan agak mengelirukan.

Hal ini turut menyebabkan sesetengah daripada mereka mengecam tindakan wanita berkenaan yang seolah-olah bangga berkahwin lebih dari satu dan tergamak mengaibkan bekas pasangan dengan memuat naik gambar bersama mereka.

Boleh jadi adik beradik, selidik dulu

Namun begitu, menerusi komen yang diperoleh daripada ruangan TikTok tersebut, ada yang merasakan video berkenaan dibuat sekadar suka-suka sahaja kerana tidak mungkin wanita tersebut sanggup mendedahkan gambar bekas-bekas suaminya.

Boleh jadi ‘lelaki-lelaki’ yang dimaksudkan adalah adik-beradiknya dan ramai yang bersetuju dengan hal tersebut.

Harap sis dapat terangkan, kelirulah

Ada juga yang meminta supaya @yayaranggi untuk menjelaskan hal sebenar kerana boleh jadi ramai yang salah anggap dengan kompilasi gambar yang dikongsikan.

Dalam TikTok ni bukan boleh percaya

Ada juga yang sempat memberi amaran kerana sudah banyak kali terjadi perkongsian-perkongsian seperti ini akhirnya diakui sekadar untuk hiburan.

Netizen juga seakan sudah boleh ‘membaca’ taktik sesetengah pengguna TikTok yang suka membuat video kontroversi sehingga mendatangkan prasangka kepada orang ramai.

Buat masa ini, pengguna TikTok berkenaan belum lagi menjelaskan kesahihan berkenaan video tersebut sama ada cuma rekaan ataupun memang benar dia berkahwin empat kali.

Sumber: TikTok @yayaranggi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingkini.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tayang Foto Dengan 4 Lelaki Berlainan, Ramai Sangka Wanita Ini Bangga Kahwin Banyak Kali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*