Sedekad Hil4ng Tanpa Berita, Ini Khabar Terbaharu Dari Anita Sarawak

Sudah sedekad Anita Sarawak berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat. Tiada khabar atau cerita tentang penghibur nan satu ini.

Kerinduan terhadap artis legenda kelahiran Singapura itu terus menjadi tanda tanya, tiada siapa termasuk media dapat mengesan ke mana Anita pergi ‘membawa diri’.

Bukan sekali wartawan hiburan cuba menjejaki Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah, namun, tidak ada sebarang petunjuk di mana kedudukan mereka.

Namun begitu, sebaris jawapan yang ditulis oleh Mahathir kepada mesej yang dikirim wartawan hiburan, Shuib Taib di akaun Instagramnya menjawab segala tanda tanya ramai.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” demikian jawapan yang ditulis Mahathir sebagai membalas kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib buatnya.

Kegembiraan dan keterujaan Shuib menerima jawapan tersebut dikongsi beliau di akaun Instagramnnya.

Sekalipun hanya pendek jawapan itu, namun mesej yang dibalas Mahathir juga memberi kelegaan kepada Shuib yang sememangnya akrab dengan pasangan itu.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib berkongsi cerita dengan Astro AWANI tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.

Anita yang juga anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak mesra disapa sebagai Kak Nita manakala suaminya pula dikenali sebagai Abang Mahathir.

Dalam kalangan wartawan hiburan tanah air, Shuib dikenali sebagai individu yang sangat rapat dengan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohamed Taib.

Semasa berkhidmat dengan akhbar New Straits Times, Shuib merupakan pengamal media yang sering menulis mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Cinta Nan Satu itu.

‘Mereka Melakukan Perniagaan Hartanah’ – Noorkumalasari Buka Cerita Tentang Anita Sarawak Selepas 10 Tahun Hil4ng

Kehadiran pelakon senior iaitu Noorkumalasari ke program bual bicara Next To Neelofa sedikit sebanyak telah mendedahkan khabar penyanyi Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir. Penyanyi lagu Seksis itu telah ‘menghilangkan’ diri dari industri hiburan selama 10 tahun bersama suaminya.

Sebelum ini juga terdapat pelbagai andaian mengenai kehilangan Anita Sarawak termasuklah dikhabarkan dia sakit dan telah kembali ke Malaysia. Namun bagaimanapun, adik kepada penyanyi ini iaitu Noorkumalasari ada memberitahu keadaan kakaknya itu melalui rancangan temu bual tersebut.

Kakak dalam keadaan baik

Selain Noorkumalasari berkongsi kisah hidupnya bersama penonton dalam rancangan yang dihoskan Neelofa itu, dia juga menyampaikan khabar dan keadaan Anita Sarawak. Mengakui banyak peminat industri seni di Malaysia tertanya-tanya kemanakah penyanyi itu menghilang sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, Noorkumalasari hanya menjelaskan bahawa kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat sahaja.

Saya tak tahu cara menjawabnya. Insyaallah, kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya. Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi, ada yang hubungi kakak sulung untuk bertanya.

Mereka lakukan perniagaan

Bercakap mengenai perkembangan Anita Sarawak dan suaminya, Noorkumalasari mendedahkan kakaknya itu kini menjalankan perniagaan hartanah di seluruh negara Amerika Syarikat. Namun, disebabkan faktor pandemik Covid yang melanda dunia, dia juga tidak mengetahui keberadaan pasangan suami isteri itu.

Baru-baru ini dia telefon dan bercakap dengan abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah. Perkara yang saya tahu, daripada perbualan kami sebelum ini ialah mereka melakukan perniagaan hartanah.

Mereka jual rumah dan tanah dan mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat. Tapi saya tak tahu, mereka berpindah-pandah sebab Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/06/nita-ile-gimano/ via awani

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sedekad Hil4ng Tanpa Berita, Ini Khabar Terbaharu Dari Anita Sarawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*