[VIDEO] Sibvk Nak Mengaji Sekali, Ramai Terhibur Tengok Kucing ‘Oyen’ Milik Nabila Huda

Pada ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0), ramai mengambil kesempatan yang untuk mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah serta membuat perubahan dalam diri.

Jika dilihat, ramai selebriti sudah mula kongsikan aktiviti mereka contohnya seperti belajar bahasa Arab serta lebih menarik lagi mengikuti kelas mengaji online.

Begitu juga seperti pelakon Nabila Huda yang kini dilihat sering mengikuti kelas mengaji online bersama guru pilihannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Nabila atau yang lebih mesra disapa dengan nama Abil itu pernah kongsikan videonya sedang mengaji dan kali ini lebih menarik apabila ia turut disertai oleh kucingnya yang diberi nama Tora.

Kucing berwarna oren itu telah berada di sebelah Abil sepanjang kelas dan turut bermain dengan pensel yang dipegang olehnya sehingga terpijak Al-Quran tersebut.

Pada ruangan komen posting tersebut, ada yang menyuruh Abil memasukkan Tora ke kelas mengaji khas untuk kucing supaya selepas ini ia tidak lagi menganggu dan mereka turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang menegur Abil supaya mengalihkan Tora daripada terus memijak Al-Quran kerana ia merupakan kitab suci untuk umat Islam.

Abil turut menerima teguran yang diberikan dan berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Tapi tak terkejut ya tengok kucing Abil macam tu, maklumlah kalau ‘Oyen’ ni memang suka buat perangai aneh macam tu kan.

Sumber foto dan video: Instagram Nabila Huda

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Sibvk Nak Mengaji Sekali, Ramai Terhibur Tengok Kucing ‘Oyen’ Milik Nabila Huda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*