“Saya nak hentikan tanggapan negatif…” – Fizo Omar dan rakan – rakan turun padang

BEBERAPA hari terlibat sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian V.aksin (PPV), pelakon Fizo Omar berkata dia berbesar hati dapat bersama-sama membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempercepatkan proses pemberian v.aksin.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, tujuanya menyertai pasukan sukarelawan adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan v.aksin serta ingin membuang persepsi negatif.

“Penglibatan saya sebagai sukarelawan adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan v.aksin. Saya juga akan uar-uarkan perkara itu dengan membuat IG Live dengan interview penerima v.aksin terutama sekali golongan warga emas.

“Saya nak hentikan tanggapan negatif kalau ambil v.aksin ini akan ada kesan negatif… saya nak mereka dengar sendiri pengalaman orang yang dah s.untik v.aksin lebih-lebih golongan berisiko seperti warga emas.

Fizo turut berkongsi pengalamannya div.aksin kepada penerima di PPV.

“Ia satu pengalaman yang menyeronokkan sebab kita dapat mudahkan urusan orang ramai untuk dapatkan v.aksin… bila kita (selebriti) ada di sana, mereka seronok ada yang kata boleh jumpa Fizo, boleh jumpa artis… saya gembira dapat sama-sama membantu pihak kerajaan,” katanya kepada mStar.

Bertugas di dua PPV berbeza iaitu di The Mines, Seri Kembangan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Fizo berkata dia dan rakan artis turut berhadapan cabaran tersendiri.

“Yang datang ramai, kalau ada 1,000 orang, 1,000 perangai. Pelbagai mindset, ada yang t.akut, rasa gusar itu nak kena tenangkan. Ada juga yang kurang sabar, datang nak cepat… proses tak ambil masa satu jam pun tapi mungkin mereka tak faham.

Saya nak hentikan tanggapan negatif kalau ambil v.aksin ini akan ada kesan negatif.

FIZO OMAR

PELAKON

“Fronliners pun ada rasa penat mereka, kena urus berpuluh ribu orang dalam sehari. Sistem canggih macam mana pun kalau hang, kita kena bawa bersabar.

“Satu sahaja saya minta, kalau kita di luar sana tidak mampu jadi sukarelawan, sukarela share benda yang baik-baik tentang v.aksin agar ramai lagi orang akan sama-sama dapatkan vaksin,” ujarnya.

Selain Fizo, antara rakan artis yang turut terlibat sama sebagai sukarelawan ialah Nazim Othman, Amelia Henderson, Puteri Aishah, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa.

Amelia Henderson dan Nazim Othman turut sama turun padang.

Menurut Fizo, sebagai sukarelawan bukan peru.batan, mereka ditugaskan untuk melancarkan urusan pendaftaran penerima v.aksin.

“Kami sukarelawan yang tidak mempunyai kelulusan medical lebih kepada melancarkan urusan seperti pendaftaran, selain membantu golongan yang kurang upaya serta warga emas.

“Selain saya, ramai lagi rakan-rakan turut serta dalam aktiviti ini untuk beri kesedaran kepada semua.

“Saya dah terima dos pertama v.aksin pada bulan lalu dan tak sabar nak tunggu untuk dos kedua pula selepas ini!” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber: mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya nak hentikan tanggapan negatif…” – Fizo Omar dan rakan – rakan turun padang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*