Pernah tiga kali gag4l dalam perkahwinan, Fiza Halim bingung dilamar VIP

KUALA LUMPUR: Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim bingung apabila ada VIP atau kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri.

Tidak terlintas untuk berkahwin dalam tempoh terdekat apatah lagi masih serik, Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mengaku tergamam tatkala dilamar duda terbabit.

“Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan.

“Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima.

“Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi.

Fiza bingung memikirkan lamaran jejaka VIP kerana serik selepas tiga perkahwinan lalu gagal. Foto IG Fiza Halim

“Kalau perkara sama berlaku, saya juga dikecam biarpun soal perceraian adalah di luar kawalan diri,” katanya kepada BH Online.

Akui Fiza, jejaka VIP yang dikenalinya berusia kira-kira 50 tahun dan memiliki rangkaian perniagaan sendiri.

“Ogos depan, umur saya menginjak 40 tahun. Bukan masa untuk saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukan muda lagi.

“Apatah lagi, ketika seluruh dunia bergelut dengan pandemik C0V1D-19, saya juga terkesan,” katanya.

Fiza berkata, ada teman menasihatkan dia berkahwin dengan lelaki berusia dan memiliki kehidupan stabil. Namun, pastinya dia berdepan persepsi ramai.

“Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh.

“Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit,” katanya.

Fiza berkata, dia menambah pendapatan dengan membuat ulasan berbayar bagi pelbagai produk melalui Instagram (IG).

“Pada masa sama, saya juga mencari peluang menambah pendapatan. Mana tahu, mungkin ada rezeki menjadi duta produk.

“Saya tidak terfikir lagi soal berlakon dalam situasi penularan C0V1D-19 di mana kerja penggambaran dihentikan,” katanya.

Bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH via http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pernah tiga kali gag4l dalam perkahwinan, Fiza Halim bingung dilamar VIP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*