Baru-baru ini, kenyataan jutawan terkenal Datuk Seri Vida dikec4m hebat apabila meminta mereka yang terjejas diluar sana supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja.
Susulan kontroversi itu, Vida berkata dia tidak akan membuat permohonan maaf susulan kenyataannya dan tiada keperluan berbuat demikian kerana dia tidak bermaksud menghalang bantuan bendera putih.
“Saya nak minta maaf untuk apa? Netizen sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang mengh3ntam saya. Ada yang kata saya kaya tapi ri4k tak nak tolong orang dan macam-macam lagi.
“Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Vida menyifatkan mereka yang menaikkan bendera putih malas berusaha dan mencari pendapatan ketika PKP. Ujarya lagi bantuan diberikan hanya sementara sahaja dan mereka perlu usaha.
“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main h3ntam walaupun saya buat penjelasan sebenar.
“Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.
“Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.
Dalam pada itu, Vida mengakui banyak pihak menanti masa untuk mengh3ntam dan enggan pedulikan kec4man tersebut. Namun, Vida mengatakan dia sudah banyak menyumbang sejak tahun lalu.
“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa bosan dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga.
“Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak balas dendam kerana nanti netizen kata dah kena kec4m nak tunjuk baik pula,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/
Be the first to comment on "“Saya Nak Minta Maaf Untuk Apa?” Reaksi Dsv Buat Ramai Terkejut"