Rihana Oksana Dedah Dia Risau Dengan Bakal Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Ismail Leon Dan Bakal Rujuk Pakar Kanak2

Risau kemahiran komunikasi anak agak lambat, Rihana Oksana Petra bakal meminta bantuan p4kar terapi perkembangan kanak-kanak untuk menilai anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, Leon hanya mampu bercakap satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh membina frasa.

Link Video : rihanapetra

Adakah ini perkara biasa atau sudah tiba waktunya untuk saya bimbang? Kanak-kanak lelaki kebiasaannya akan lebih lambat daripada kanak-kanak perempuan, termasuk bercakap. Namun, setiap kanak-kanak yang berusia dua tahun mampu berkomunikasi menggunakan dua suka kata yang kecil. Saya telah hantar Leon pergi ke sekolah untuk kelas perkembangan dan dia selalu berinter4ksi dengan kanak-kanak lain. Tetapi pada masa yang sama, dia hanya bercakap satu perkataan dan tidak membina frasa.

 

Ini Gambar Leon Menyerupai Kamu' – Rihana Didakwa Tolak 2 Kali Ujian DNA

Menurut Rihana, dia telah berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada guru yang mengajar anaknya di sekolah. Tambahnya, guru tersebut menasihatinya supaya membawa Leon pergi berjumpa dengan pakar terapi bagi memastikan punca sebenar anaknya lewat bertutur.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa perkara tersebut adalah normal bagi seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun. Menurut netizen, Rihana perlu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anaknya lebih kerap selepas ini.

Sumber: Rihana Oksana

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.

Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan. 

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu.

 

Sumber: Rihana Petra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://mediabawang.net

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rihana Oksana Dedah Dia Risau Dengan Bakal Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Ismail Leon Dan Bakal Rujuk Pakar Kanak2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*