Usahawan, Datuk Seri Vida mengakui berasa amat bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk menyampaikan sumbangan buat para penduduk di sekitar Ipoh, Perak yang terjejas pendapatannya sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Jelas Datuk Seri Vida, bantuan seperti ini bukanlah yang kali pertama kerana sebelum ini, usaha tersebut telah pun diuruskan sepenuhnya oleh para pekerjanya sendiri.
Katanya lagi, ini merupakan rezeki pemberian Allah SWT yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah Trip harini untuk yang betul-betul memerlukan di sekitar kawasan ipoh perak.
“Saya pun dah lupa ini trip ke brapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki Dari Allah kepada saya , saya agih agihkan. InsyaaAllah,” tulisnya.
Usahawan yang pernah muncul dengan single I Am Me itu berkata sedemikian menerusi sebuah posting yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Datuk Seri Vida turut menyeru kepada semua pihak untuk berhenti mengkritik antara satu sama lain dan gunakanlah masa yang terluang untuk turut sama membantu mereka yang didalam kesusahan.
“Kepada sesiapa yang mengutvk/ Mengh1na saya. Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghent4m tu harap anda pun sama sama membantu okay,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selaik turut mendoakan semoga ibu kepada dua orang anak itu sentiasa dimurahkan rezeki.
“Tak payah dengar apa orang kata Datuk. Janji Datuk ikhlas.
“Datuk tak payah dengar cakap orang. Yang penting Datuk ikhlas. Selebihnya biar Allah yang menilai. Bukan manusia.
“Semoga diperluaskan lagi rezeki Datuk. Dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah, semoga Datuk dikurniakan ketabahan dan kesihatan yang baik,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida telah dikec4m hebat oleh warga maya gara-gara kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap golongan yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh p4ndemik ini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Kredit: MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Trendinggiler.pw
Be the first to comment on "“Saya Pun Lupa Ini Trip Ke Berapa Dah…,” – Datuk Vida Minta Yang Hanya Mengh3nt4m Pun Samalah Bantu!"