[VIDEO] “Dapat Daging K0rban Tu Terus Dia Panaskan Dalam Kuali, Suap Adik-Adik Dia Makan” Kanak-Kanak Ini Galas Tugas Ibu Selepas Ibu Men1nggal Kegvguran

Siapa sangka di saat kanak-kanak seusia sedang seronok bermain dan tidak perlu untuk sibuk memikirkan mengenai masalah keluarga, namun tidak bagi diri seorang kanak-kanak perempuan ini.

Namun, kesusahan hidup tidak menghalang kanak-kanak perempuan ini untuk terus kekal mengukir senyuman di wajahnya. Dia juga sedikit pun tidak kelihatan terbeban dengan tanggungjawab yang perlu digalasnya itu.

Dalam usia yang masih muda, dialah tempat adik-adik menumpang kasih dan bermanja. Semuanya disebabkan oleh suratan takdir daripada Yang Maha Esa dimana dia dan keluarga telah kehilangan ibu tercinta.

Semuanya bermula selepas ibu tercinta men1nggal dunia akib4t kegugvran. Bermula dari saat itu, dialah yang mengambil alih tanggung jawab seorang ibu untuk menjaga adik-adiknya.

Namun, ternyata dirinya sangat matang dalam menangani dan menghadapi ujian yang cukup berat buat keluarganya itu. Kisah keluarga ini telah dikongsikan oleh seorang aktivis terkenal menerusi akaun Tiktok @salwanaidin.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Salwa Naidin itu, video pertama menunjukkan keterujaan keluarga berkenaan saat menerima agihan pek daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah si kakak dimana dia kemudiannya segera untuk memasak daging tersebut. Sebaik sahaja masak, dia terus menyuapkan kepada adik-adiknya yang masih kecil.

Turut terpancar sisi kasih dan sayang seorang kakak terhadap adik-adiknya saat dia menyuapkan adik-adiknya itu. Terus berasa seb4k saat melihat situasi tersebut. Pastinya sukar untuk ditahan air mata.

Mereka masih beruntung kerana masih mempunyai seorang bapa yang penyayang. Namun, demi meneruskan kehidupan, bapa mereka perlu berusaha keras untuk mencari pendapatan dengan bekerja sebagai seorang nelayan.

Ramai sebenarnya yang berasa simpati akan nasib yang menimpa keluarga ini. Namun, mereka juga berasa kagum terhadap si kakak kerana cekal, tabah dan matang dalam menghadapi ujian ini.

Ada juga yang ingin untuk mengambil anak-anak ini untuk membantu mereka mendapatkan pendidikan yang secukupnya.

Namun, ada juga yang menegah daripada memisahkan adik beradik ini. Lebih baik mereka bersama dan jika ada yang ingin menjaga mereka, cukuplah sekadar memberikan bantuan yang sewajarnya.

Komen Netizen:

Buat anda yang berkemampuan dan ingin membantu, boleh terus ke akaun Tiktok Salwa Naidin kerana dia ada berkongsi info lanjut untuk membantu. Semoga setiap sumbangan kita mampu untuk memberikan harapan yang lebih besar kepada keluarga ini.

Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini diberikan rezeki yang lebih melimpah ruah dan kebahagiaan buat selama-lamanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Tiktok

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dapat Daging K0rban Tu Terus Dia Panaskan Dalam Kuali, Suap Adik-Adik Dia Makan” Kanak-Kanak Ini Galas Tugas Ibu Selepas Ibu Men1nggal Kegvguran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*