Wanita sering dikaitkan dengan tugasan seperti mengemas rumah, menjaga anak dan memasak manakala golongan lelaki pula bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Namun bagi pemuda ini, dia bukan sahaja mencari nafkah untuk keluarga malah tidak kekok menyediakan lauk berpantang untuk isteri tercinta.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, pemuda berkenaan berkongsi bagaimana dia menyediakan bahan masakan lauk berpantang untuk isterinya yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka.
Berkongsi cerita Amirul Kamal Amran, 36, berkata dia banyak menghabiskan masa membuat carian di Google dan bertanya kepada kakaknya tentang resepi lauk berpantang.
Setelah mengumpul segala informasi yang diperlukan, dia menggabungkan dan mengolah resepi tersebut mengikut cita rasa isterinya, Aini Aina Mohd Zukri, 25.
View this post on Instagram
“Saya banyak menghabiskan masa membaca di Google, tengok contoh resepi orang lain. Saya tanya pengalaman kakak saya, apa yang mak sediakan dulu untuk mereka.
“Setiap kali bila bawa isteri dan anak check-up, saya akan bertanya pendapat doktor apa yang boleh dan perlu dielakkan. Daripada semua tu, saya gabungkan dan olah sedikit ikut apa yang isteri suka.
“Kebiasaannya, setiap malam saya dah siapkan terlebih dahulu bahan masakan yang diperlukan untuk hari esok. Pagi saya tinggal nak masak je, dah tak perlu lagi nak potong-potong.
“Kalau memasak tu tak lama pun lebih kurang sejam dah siap kerana dibantu ibu mertua dan kakak ipar. Alhamdulillah isteri berselera nak makan dan saya akan tukar menu setiap hari untuk elakkan dia rasa bosan dengan lauk sama,” katanya yang bekerja sepenuh masa sebagai seorang ‘personal shopper’ bahan masakan di Seri Kembangan, Selangor.
Rupa-rupanya, kemahiran memasak itu datang daripada ahli keluarganya sendiri yang suka melakukan aktiviti memasak beramai-ramai setiap kali sambutan raya dan juga kenduri.
Menurut anak bongsu daripada enam beradik ini, kedua-dua arwah ibu bapanya memang pandai memasak.
Lebih-lebih lagi arwah bapanya dulu merupakan seorang ketua tukang masak kenduri di kampung mereka yang terletak di Felda Trolak, Sungkai, Perak.
“Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang pandai memasak. Waktu kami kecil dahulu mak hantar kuih ke kedai untuk dijual, ayah pula seorang ustaz dan tukang sembelih lembu serta ketua tukang masak kenduri.
“Zaman dulu di kampung kenduri bergotong-royong, ayahlah yang jadi ketua tukang masaknya. Kami sekeluarga memang akan masak sendiri setiap kali raya dan juga kenduri.
“Saya dah biasa dalam suasana memasak dan disebabkan itu juga mula kenal dengan semua bahan masakan sejak kecil. Kalau nak dibandingkan dengan masakan isteri, air tangan saya lagi sedap,” ujarnya yang sedang mengikuti pengajian separuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia.
Dalam pada itu, di sebalik kisah kelahiran puteri sulungnya Daneen Maryam, Amirul berkata terselit kenangan menjaga arwah ibunya semasa mereka tinggal bersama.
Pemuda berusia 36 tahun ini berkata, perancangan Allah itu sangat cantik kerana pemergian ibunya digantikan dengan kelahiran anak perempuan mereka.
“Mak tinggal bersama kami sejak saya berkahwin pada 2019 dan ketika itu dia dah tak kuat macam dulu. Hanya beberapa bulan terawal sahaja mak boleh memasak, kemudian kesihatannya semakin merosot.
“Allah tak bagi kami anak lagi waktu awal berkahwin kerana mungkin tahu ujian menjaga mak waktu tu memang memerlukan masa yang banyak. Saya make over bilik untuk bagi keselesaan pada mak ikut warna kegemarannya dan gaya feminin.
“Waktu kami semua sibuk menjaga mak, isteri saya mengandung selepas setahun berkahwin. Dalam lapan bulan terakhir, mak kerap mengalami strok yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat ketika berjalan sehinggalah terlantar di atas katil..
“Mak pergi ketika isteri semakin sarat, kemudian Allah gantikan dengan seorang anak perempuan dan bilik yang dahulunya saya make over itu terus jadi bilik puteri sulung kami,” katanya yang kehilangan ibu pada Januari 2021.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral via mstar
Be the first to comment on "Suami Gigih Google Resepi Masak Lauk Berpantang Buat Isteri"