Pemerg1an Siti Sarah dapat liputan antarabangsa, netizen luar negara turut s1mpati – “Sedih… anak tiada peluang rasa pelvkan seorang ibu”

BERITA pemergian Allahy4rhamah Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia turut mendapat liputan agensi berita terkenal luar negara.

Portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News melaporkan berita duka itu petang Selasa dengan tajuk ‘Malaysian singer dies of cov1d, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia men1nggal dunia ak1bat Cov1d selepas melahirkan anak’.

Rata-rata netizen luar negara tersentuh dengan pengorbanan arw4h sebagai ibu.

Mereka mengucapkan takziah dan menganggap ia sebagai satu berita yang memilukan akib4t v1rus Cov1d-19 yang sedang menyer4ng dunia.

“Sangat menyedihkan dia tidak dapat melihat bagaimana comelnya anak yang dilahirkan. Begitu juga anak itu tidak dapat peluang merasakan pelvkan seorang ibu.

WhatsApp Image 2021-08-10 at 6.14.53 PM

Antara komen dan reaksi netizen dari luar negara.

“Tragik… tapi ibu mengorbankan hidupnya supaya bayinya boleh hidup. Inilah kasih sayang ibu… semoga anda tenang di sana.

“Ini sangat menyedihkan, anak tidak dapat mengenali ibunya. Takziah buat keluarga dan kawan-kawannya yang sedang berdepan kesedihan,” tulis beberapa netizen.

Selain BBC, berita dvka itu juga dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan.6 dari negara jiran Indonesia pada Isnin.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perub4tan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akib4t Cov1d-19.

sarahjjj

Selain BBC News, portal liputan6 dan Chanel News Asia Lifestyle (CNA) juga melaporkan berita sama.

Allahy4rhamah dimasukkan ke 1CU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pemerg1an Siti Sarah dapat liputan antarabangsa, netizen luar negara turut s1mpati – “Sedih… anak tiada peluang rasa pelvkan seorang ibu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*