Shuib Tak Sabar Nak Jumpa Ayash Affan, Sekali H0spital Call Bagitahu Perkara Ini

Pelawak Shuib terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bertemu dengan anak keempat iaitu Ayash Affan yang telah dilahirkan pada hari Jumaat lalu atas saranan pihak hospital.

Memetik laporan BH Online, pihak hospital berkata saranan tersebut adalah bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap bayinya.

Terima dengan lapang dada

Pengurus kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Nana Mohammad Rom dimaklumkan pihak hospital sendiri mengenai perkara ini dan dia juga telah berbincang bersama Shuib. Difahamkan, Shuib reda dan memahami situasi pandemik yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi pramatang itu.

Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini. Ini jalan terbaik selepas memikirkan risik0 yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada.

Arwah sanggup gadaikan ny4wa

Malah, Shuib juga menzahirkan rasa tidak sabar untuk bertemu dan melihat anaknya itu yang dianggap sebagai hadiah terakhir daripada isterinya. Namun, di sebalik perasaan gembira menyambut kehadiran cahaya mata baharu tetapi dirinya masih diselebungi dengan perasaan sedih.

Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayash. Anak-anak pun asyik bertanya. Jika ada rezeki, hari ini dapat saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir arwah buat saya.

Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arwah ibunya tidak sempat melihat dan memegangnya. Arwah sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa ini buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, sebelum pergi buat selama-lamanya.

‘Rindu amat berat’ – Shuib

Tidak mudah buat pelawak popular, Shuib Sepahtu melupakan insan yang menghadirkan banyak kenangan dan menjadi teman suka duka selama 10 tahun.

Baru tiga hari kehilangan isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menjadi korban COVID-19 sukar buat Shuib memadamkan kenangan ketika bersama.

“Hari pertama (kelmarin) saya menjalani kehidupan tanpa arwah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arwah berada di hospital.

“Namun, kini, arwah sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

“Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.

Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya tewas dengan emosi.

“Semalam (kelmarin), saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arwah akan sembuh, sedangkan dia menderita.

“Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kesalahannya, perjalanan terakhir arwah menjadi mudah.

“Saya bersyukur dapat solat jenazah, iringi perjalanan akhir ke kubur, masukkan jenazah ke liang lahad dan tanam bunga di pusaranya.

“Selepas tujuh langkah meninggalkan pusara, saya menoleh semula. Waktu itu, timbul perasaan puas hati melepaskan arwah pergi dengan baik,” ungkap bekas penyampai radio Hot FM itu.

Walaupun terpisah di dunia, namun Shuib percaya, dia pasti akan bertemu bidadarinya di alam syurga.

“Kami tidak pernah berjauhan seperti ini, tak termimpi langsung. Tetapi, saya sudah berjanji untuk menjadikan arwah sebagai bidadari syurga, jadi saya perlu berkorban.

“Hanya menunggu masa untuk kami kembali dipertemukan di syurga. Justeru, saya berharap Allah akan bimbing saya untuk menuju ke jalan diredai supaya dapat bertemu arwah,” pintanya.

Pemergian arwah dengan meninggalkan empat cahaya mata yang masih memerlukan kasih sayang ibu disifatkan Shuib sebagai cabaran besar buatnya.

Namun, demi janji yang dilafazkan, pelawak berusia 37 tahun itu perlu kuatkan semangat menempuh ujian mendatang.

“Menerusi perbualan terakhir bersama arwah, saya beritahu jangan risau. Saya akan pastikan zuriat kami menjadi anak yang taat pada perintah agama.

“Arwah sudah melakukan yang terbaik sejak bergelar ibu. Malah, arwah sanggup korbankan diri demi melahirkan anak keempat. Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak.

“Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jahil dan banyak melakukan dosa.

“Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib.

Meskipun zahir nampak tenang dan reda, ada kalanya Shuib tewas dengan emosi atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah.

Pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu, Shuib turut mengimbau momen manis berkasih sayang bersama arwah sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akuinya, paling meninggalkan kesan sikap manja arwah yang semakin menjadi-jadi ketika hamil dan bagaimana menguruskannya, ia sekali gus menjadi memori indah disimpan di kotak ingatan.

“Banyak perkara dilakukan bersama sepanjang tiga bulan ini. Memandangkan hamil, arwah suka bermanja.

“Arwah minta saya urut tubuhnya. Urut pula hingga dua jam. Kadang kala, saya rasa macam ‘amah’ apabila kena paksa.

“Beliau sering mengingatkan saya bahawa dirinya mengandungkan zuriat kami. Namun, lama-kelamaan saya jadi gian, maklum tiga bulan tidak berbuat apa-apa.

“Walaupun tak suruh, saya sendiri menawarkan diri. Saya tak sangka Allah berikan nikmat kasih sayang antara suami isteri sebagai momen terakhir untuk dikenang.

“Hinggalah segala kebahagiaan direntap dengan berita kami sekeluarga disahkan positif COVID-19,” luah Shuib.

Namun, cerita lelaki ini, arwah isterinya itu pandai memujuk hatinya dengan memasak hidangan lazat sebagai ganjaran.

“Walaupun suruh saya buat macam-macam, tetapi arwah balas balik dengan menyediakan hidangan yang sedap. Siap tanya saya nak makan apa.

“Pemergiannya mengajar saya setiap pasangan perlu ada momen manis untuk dikenang. Tidak sangka, hanya tiga bulan ini Allah bagi kami menghabiskan masa sepuas-puasnya sebelum mengambilnya,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, kelmarin.

Jenazah penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendinggiler.pw via bhonline

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib Tak Sabar Nak Jumpa Ayash Affan, Sekali H0spital Call Bagitahu Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*